Siakap Keli

Ramai Terkeliru, Jururawat Dedah Jenis Rawatan Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hampir separuh hari kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa. Puasa merupakan perkara yang diwajibkan ke atas semua muslim yang sudah aqil baligh. Sebenarnya puasa ini sememangnya telah lama di amalkan di seluruh dunia bukan sahaja pada bulan ramadhan tetapi juga untuk tujuaan penyucian dan kesihatan. Ia mengajar kita erti sabar, syukur dan secara tidak langsung merehatkan tubuh badan kita yang penat ‘memproses makanan’ selama 11 bulan.

Bagi kita sebagai umat Islam, puasa ditakrifkan sebagai menahan diri daripada makan, minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkannya. Walaupun sedang berpuasa, orang yang sakit misalnya masih perlu memakan ubat menjalani rawatan, keperluan nutrisi bagi tubuh tetap perlu dipenuhi tetapi pada waktu yang berbeza dari kebiasaannya.

Ketika inilah muncul pelbagai persoalan tentang pelbagai isu, terutamanya isu rawatan perubatan. Ramai yang masih keliru tentang rawatan yang boleh atau tidak dilakukan ketika berpuasa. Oleh itu, seorang jururawat Bel Nawhen yang peka mengenai perkara ini telah berkongsi di laman Facebooknya. Menurut beliau:

Rawatan Perubatan yang TIDAK membatalkan puasa.

1. Semua jenis suntikan (Intravenous atau Intramuscular) kecuali Parenteral Nutrition (Fluid Therapy).

Gambar : Shutterstock

2. Tablet Nitroglycerin (GTN) dan yang seumpaman dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan oleh pesakit jantung.

3. Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti Vaginal Suppository, pencucian (Doush), Vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (Vagina Examination-VE)

4. Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan melalui saluran kencing seperti Urethroscope, Barium, Pencuci Uretha.

5. Tampal atau cuci selagi mana ianya tidak ditelan.

6. Penderma darah atau Menerima darah.

Gambar : Best Buds Society

7. Bantuan oksigen atau Gas pelali (Anaesthetic Gases).

8. Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang menyerap ke dalam kulit.

9. Ambil darah untuk ujian makmal.

10. Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana anggota badan.

11. Laparoscope yang dimasukkan ke dalam badan dengan tujuan pembedahan.

12. Semua jenis ubat kumur, mouth gargle atau penyembur mulut selagi mana ianya tidak masuk ke dalam tekak (ditelan).

13. Uterscope atau IUCD (alat pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.

14. Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati, atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

15. Ubat asthma (Inhaler).

Gambar : Good Health Suite

16. Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur).

17. Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (General Anaesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

18. Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui dialisis samada peritoneal atau hemodialysis.

19. Memasukkan Gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan  yang disalurkan.

Rujukan

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panduan Berpuasa bagi Pesakit 2013
2. Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber : Bel Nawhen

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.