Siakap Keli

(Video)”Saya Masuk Islam Untuk Mencari Allah”, Mike Foong Kongsi Kisah Perjalanan Bergelar Seorang Muslim

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini tular kisah mengenai seorang pelajar istimewa beragama Islam ditemani kedua-dua ibubapanya yang berlainan agama mendaftar Program Diploma Tahfiz kelolaan Jakim.

Penulis berkesempatan menghubungi Tan Mike Foong, 23, dan ikuti perkongsiannya memeluk agama Islam dibawah.

“Awak Islam, mak awak Islam tak?”

Terkesima Ang Bee Cheng dan Tan Ang Chong apabila mendengar soalan yang diajukan pemilik restoren Cina Muslim itu. Mike sememangnya ingin berterus terang dengan ibubapanya tentang keislamannya, namun perancangan Allah berlaku terlebih dahulu.

“Settle masalah. Tak payah saya cakap sendiri,” kata Mike sambil ketawa. Mike juga memberitahu dia mahu menjadi Ahli Tafsir Al-Quran.

“Pada awalnya, saya memang marah. Tapi lama-kelamaan sudah boleh terima keputusan Mike, asalkan dia bahagia,” kata Ang Bee Cheng, ibu kepada pemuda kelainan upaya yang telah memeluk Islam 4 tahun lalu dan menghafaz 10 juzuk Al-Quran.

Mengutamakan kebahagiaan anaknya, Puan Bee Cheng dan suaminya tetap menyokong Mike walaupun berbeza agama. Mereka sering menziarahi Mike di asrama pada setiap minggu bagi memastikan keperluan Mike sentiasa dipenuhi.

Dari segi pemakanan, Puan Bee Cheng berkata dia tidak menghadapi masalah menyediakan makanan buat Mike kerana sejak dahulu lagi keluarganya tidak meminati daging khinzir.

Tertarik dengan Islam

Masa sekolah rendah, saya hanya dengar azan. Ketika sekolah menengah, saya pernah dengar al-Quran dan dengar orang solat.

Masa tingkatan 4, saya selalu ikuti live tarawikh di IKIM.fm. Tamat sekolah, saya belajar di Persatuan Bagi Orang Buta di Brickfield. Di sana saya kenali kawan-kawan non-Muslims yang tahu tentang Islam.

Dulu, saya ada masalah dengan hukum-hakam Islam. Saya anggap Islam ini agama yang tidak ada kebebasan. Kena solat lima waktu, perempuan pula kena berbalut litup. Pada tahun terakhir saya belajar di Brickfield, saya dijemput untuk menyertai usrah yang memperkenalkan saya kepada brother Lim Jooi Soon.

Pendekatan yang betul akan mendapatkan jawapan yang betul

Kita tidak boleh dekati non-Muslims dengan pendekatan fiqh, hukum-hakam Islam. Kita perlu berfikir dari sudut pandangan mereka. Mendekati mereka dengan fiqh akan membuatkan mereka menjauhi Islam.
Bro Lim dekati saya dengan aqidah.

Dia tanya, apa yang saya nak tahu tentang Islam. Pada masa itu saya tidak tahu nak tanya apa. Kemudian dia tanyakan saya beberapa soalan yang menyebabkan saya masuk Islam iaitu tentang fitrah penciptaan kita dan soal ketuhanan.

Mike aktif menyertai program dakwah dan kesukarelawanan.

Kita ada permulaan dan pengakhiran, tetapi Allah tidak ada permulaan dan pengakhiran. He is divine.

Kemudian, saya belajar ulum hadith, usul fiqh, aqidah, sirah dan baru saya tahu, Islam is not like what I thought before.

Sebab saya masuk Islam ialah untuk mencari Allah S.W.T. Masalahnya bila kami, non-Muslims nak baca Al-Quran, orang kita akan larang kami dari sentuh al-Quran dan masuk masjid, sedangkan pada zaman nabi, Nabi SAW sendiri memberi kelonggaran kepada non-Muslims untuk memasuki Masjid Nabawi. Masyarakat kita lebih banyak tekankan bab feqah tapi kurang menekankan bab aqidah. 

Saya masuk Darul Quran atas saranan kawan bermula dengan Sijil Asas Tahfiz di mana saya perlu menghafaz 10 juzuk dalam masa setahun sebagai syarat sebelum masuk ke diploma. Saya membaca dan menghafaz al-Quran menggunakan al-Quran braille yang dibekalkan oleh pihak Darul Quran dibimbing oleh seorang ustaz khusus.

Majlis Penutup Kem Transformasi Minda (Transkem) Pelajar baru 2019 , Tan Mike Fong membacakan Al-Quran sebagai pembukaan majlis.

Posted by Darul Quran JAKIM on Monday, 6 May 2019

Nasihat kepada kawan-kawan

Kalau rasa down, minta pada Allah. Jangan cari orang, jangan cari tok wali, minta pada roh dan sebagainya. Cari Allah S.W.T sebab Dia Maha Pemberi dan Maha Kaya. Kita ni lemah je. Berbaliklah kepada Allah. Allah tak perlukan keuntungan apa-apa, kita yang mendapat keuntungan di akhirat nanti.

Kepada kawan-kawan Muslim dan non-Muslims, baliklah kepada tuhan kita.

Semoga keluarga ini terus dirahmati dengan kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan sentiasa.

Sumber: Darul Quran JAKIM, Mufti Wilayah Persekutuan

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.