Siakap Keli

Selepas Serangan Udara, Israel Didakwa Sedang Bersedia Gempur Palestin Melalui Jalan Darat Pula

Pada Jumaat yang lepas, sebanyak lebih 600 roket dilaporkan telah dilancarkan dari wilayah Palestin ke arah Israel dan dikatakan empat warga Israel telah terkorban dalam serangan tersebut.

Respon terhadap serangan itu, Israel kemudian melakukan serangan balas dengan melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas wilayah Gaza dan sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin dilaporkan telah terkorban, termasuk seorang komander Hamas.

Daily Mail

Menurut saksi awam, Hamed Ahmed Abed Kudri telah terbunuh dalam satu serangan udara yang menyasarkan kereta beliau pada Ahad. Beliau dikatakan merupakan individu yang bertanggungjawab menyalurkan dana dari Iran ke pasukan bersenjata di Gaza.

Daily Mail

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Hamas perlu membayar ‘harga yang tinggi’ akibat daripada serangan yang dilancarkan ke atas negara mereka.

Daily Mail

Israel juga dilaporkan sedang bersedia untuk melakukan serangan melalui darat selepas ini dengan tentera mereka didakwa sudah mula mengepung kawasan di sekitar wilayah Gaza ketika ini.

Bagaimanapun, memetik laporan Al-Jazeera, pegawai dari Palestin mengesahkan bahawa satu persetujuan untuk mengadakan gencatan senjata telah dicapai bersama tentera Israel bagi menghentikan siri serangan yang berlaku.

Persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata ini dikatakan telah berjaya dicapai atas bantuan daripada pegawai dari Qatar dan Mesir.

The Independent

Tiada sebarang pengesahan berjaya diperolehi daripada pihak Israel, namun sehingga kini, tiada lagi serangan telah dilancarkan ke wilayah Gaza sejak pengumuman gencatan senjata ini dibuat oleh wakil Palestin dan diharapkan  ia akan berterusan untuk tempoh masa yang lebih lama.

Sumber: Daily Mail, Al-Jazeera

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi