Siakap Keli

Terkini: (Video) Pesawat Terbakar Buat Pendaratan Cemas, Video Rakam Keadaan Panik Dalam Pesawat Ketika Api Marak

Moscow – Sebuah pesawat membuat pendaratan cemas dalam keadaan terbakar dalam kejadian yang berlaku di Moscow sebentar tadi.

Beberapa video kejadian dikongsi di media sosial yang memaparkan bagaimana pesawat itu mendarat ketika ekornya berapi dan beberapa video lagi memaparkan penumpang-penumpang di dalam pesawat itu turun menggunakan gelongsor untuk menyelamatkan diri.

CNN dalam perkembangan terkini berkata sekurang-kurangnya 13 maut dalam kejadian tersebut.

Pesawat terbabit dipercayai jenis Sukhoi Superjet-100 itu membuat pendaratan cemas tidak lama selepas terbang dari Sheremetyevo dan pulang semula ke lapangan selepas 27 minit di atas udara.

Selepas api berjaya dipadam, bahagian ekor pesawat itu didapati hangus teruk dimakan api.

Satu video yang berlegar di internet pula merekodkan keadaan di dalam pesawat itu ketika api sedang marak di saat pesawat melakukan pendaratan.

 

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....