Siakap Keli

Syarikat Beras ERA Buat ‘Gila’ Edar 20,000 Kg Beras Percuma Di Sekitar Kuala Lumpur

Pada 17 April lepas, kami di Siakap Keli ada berkongsi dengan anda mengenai satu perkongsian di Instagram Saharul Ridzwan yang begitu teruja dengan kehadiran Beras ERA di Kuala Lumpur.

Katanya, dia dah lama tunggu kehadiran beras tersebut kerana beras-beras yang ada di KL dan selalu dimakan tak kena dengan tekaknya.

View this post on Instagram

Assalammualaikum selamat berpuasa semua. Ingat tak saya ada cakap pasal beras ERA bulan lepas? Haa.. Alhamdulillah ERA bagitahu yang diorang nak derma beras ke surau yang selalu saya pergi ni . Sekarang ni saya pun ada bersama-sama ERA dan akan menyumbangkan 20 pack beras 5kg ERA kepada Surau Abdul Rahman Auf. Saya juga dapat info, korang pun boleh menyumbang beras melalui pembelian beras ERA dari 1 May – 6 June! . Dengan setiap pembelian beras 5kg ERA, ERA akan menyumbangkan 1kg beras ke masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur . Mudah-mudahan sumbangan anda akan memberi manfaat kepada orang-orang yang memerlukan. Sama sama kita kumpul saham akhirat jom! .
Yang berada di KL dan Selangor pula, ada option untuk beli secare online di laman web Potboy.com.my (*Penghantaran Potboy adalah di sekitar KL & Selangor sahaja)

www.potboy.com.my
@erafoodsmy

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Dek kerana keterujaan yang dikongsikannya di IG, syarikat pengeluar Beras ERA telah pun menghubungi Saharul untuk sama-sama terlibat dalam acara amal menyumbang beras surau yang selalu dikunjungi oleh Saharul sebelum-sebelum ini.

Menurut Syarikat Beras ERA, bagi menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh Saharul, pihaknya ingin menyumbangkan sebanyak 20 kampit Beras ERA 5 kilogram (100kg) kepada surau yang dipilih oleh Saharul.

Sebenarnya, usaha murni Syarikat Beras ERA memberi sumbangan kepada surau yang dipilih Saharul merupakan sebahagian daripada program amal yang lebih besar di mana 4,000 kampit Beras ERA 5kg (20,000 kg) diagihkan kepada surau-surau dan masjid-masjid di seluruh Kuala Lumpur.

Sesuai dengan slogan Beras ERA iaitu ‘Enak Dinikmati Bersama’, agihan beras kepada insan-insan yang memerlukan bertujuan untuk memberi peluang untuk mereka menyambut kehadiran Ramadan dengan lebih bermakna.

Kalau korang nak tahu, korang yang membeli Beras ERA juga turut boleh menyumbang dan bersedekah bersama-sama Saharul dan Syarikat Beras ERA.

Bagaimana? Mudah sahaja setiap pembelian Beras ERA sebanyak 5 kg, Syarikat Beras ERA akan menyalurkan sebanyak 1 kg beras kepada surau-surau dan masjid-masjid yang terpilih.

Anda boleh membeli sambil beramal dengan mendapatkan Beras ERA di kedai-kedai di seluruh negara.

Program ini berjalan sepanjang 1 Mei sehingga 6 Jun depan, jadi bersempena Ramadan ini anda boleh mengambil peluang ini untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada usaha amal yang dijalankan pihak Syarikat Beras ERA.

Lebih memudahkan, anda yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor boleh membeli Beras ERA melalui platform atas talian dengan penghantaran terus ke pintu rumah (Kuala Lumpur dan Selangor).

Dah tak perlu pening fikir mengenai jalan sesak, lampu isyarat, parkir dan sebagainya. Layari je portal Potboy.com. Mudah kan? Rugi rasanya kalau korang lepaskan peluang berbelanja sambil beramal ni.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web dan facebook Beras ERA.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.