Siakap Keli

”Allah Maha Mengetahui, Patutnya Kak Ja Dah Terbang Ke Sana”, Heliza Sedih Rakyat Gaza Tiada Tempat Tinggal Untuk Berbuka Puasa

50 tahun setelah pendudukan Israel di Gaza, masih tiada tanda-tanda krisis ini akan berakhir. Ribuan nyawa telah melayang termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas. Dalam berbalas serangan baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 25 orang telah terkorban manakala 154 cedera.
(Gambar: AP)

Selebriti tanah air, Nurheliza Helmi tidak asing lagi dalam dunia kesukarelawanan. Aktif mengikuti program kesukarelawanan ke Gaza dan Syria, Heliza seringkali berkongsi aktivitinya di negara-negara bergolak tersebut dengan kisah-kisah yang menyentuh hati.

“Sepatutnya 3hb Mei Kakja dah terbang ke Gaza, nama naik termasuk untuk masuk ke dalam Gaza, namun Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik. Rindu Gaza tak tertanggung.”

“Ramadhan ini, ketika anda semua berkumpul untuk berbuka bersama keluarga dengan aman, ingatlah ada keluarga di Gaza yang tidak mempunyai tempat tinggal, tiada tempat untuk berbuka setelah rumah mereka diratakan Israel.”

“Ingatlah anak-anak yatim, masjid-masjid yang dimusnahkan, mereka yang ditawan, mangsa yang tercedera, warga tua dan ibu-ibu yang kehilangan anak mereka,” kata Heliza.

Kiriman tersebut diakhiri dengan tanda palang #PrayForGaza.

Sumber: Heliza Helmi

Amira

Love yourself.