Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Anak Call Kata Nak Pakai Duit,” Pemuda Sedekah RM500 Kepada Seorang Warga Emas Di ATM Buat Orang Ramai Tergamam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap tahun, kedatangan Ramadhan sentiasa akan menjadi pernantian dan penghibur hati setiap Muslim. Manakan tidak, segala kebaikan dan pahala yang ditawarkan akan berganda-ganda. Malah di bulan mulia ini juga Allah akan senantiasa membuka ‘pintu’ meraih ‘keuntungan besar’ kepada hamba-hamba yang mahu bersujud kepada-Nya.

Selain dari terawih mahupun membaca Al-Quran sebagai amalan sunat di bulan ini, umat Islam juga digalakkan untuk bersedekah. Hal ini kerana dalam setiap harta mahupun rezeki yang kita perolehi sebenarnya terdapat hak orang lain. Disebabkan itulah kita dianjurkan supaya berkongsinya (rezeki) untuk dinikmati bersama.

Gambar Hiasan

Sedekah yang diberi tentunya akan memberikan kegembiraan pada mereka. Satu kisah tular malam tadi mengenai rasa syukur dan betapa bahagianya rasa seseorang yang dibantu ketika mereka benar-benar dalam keadaan yang memerlukan. Hantaran yang dikarang oleh Muhammad Hassan itu mendapat lebih dari 2,500 kali perkongsian dan 5,300 tanda suka di laman Facebook. Menurut Hassan :

Tadi di ATM 7 Eleven ada abang ni marah marah duit gaji belum masuk.

Saya diam tanda faham. Ada orang setiap bulan duit dia cukup cukup untuk perbelanjaan dapur dan segala bil bil lain sahaja. Bila duit gaji lambat masuk memang stress. Nak buat simpanan tu jauh sekali.

Saya masih ingat april 2017. Kisah adik ipar saya di Bank. Seorang Makcik minta tolong check baki dalam akaun beliau. Bila check ada RM20 baki.

“Makcik dalam akaun ada rm20” kata adik saya.

“Belum masuk lagi ya, takpelah makcik puasa lagi hari ini”.

Gambar Hiasan

Ambil card terus keluar bank. Orang ramai yang dengar perbualan tersebut panggil makcik nak bantu, tapi dia terus keluar dari bank dengan cepat.

Adik saya meluru ke kereta cerita masalah ini, kami pusing satu pekan tak jumpa .

Sehingga ke hari ini apabila ke bank check duit saya ingat makcik tersebut.

Puasa lagi kah dia hari ini. Duit dari siapakah yang dia harapkan itu. Kisah begini pernah saya jumpa. Ketika itu saya nak masukkan duit klinik. Sorang pakcik datang ke bank untuk masukkan duit rm100 ke akaun anak beliau. Datang dengan baju seperti dari kebun. Rm100 beberapa kali reject dari mesin sebab keadaan duit tidak bagus.

“Pakcik rm100 ni mesin tak terima, ada duit lain tak?”

“Ini jelah duit pakcik nak. Itu pun pinjam dari tauke. Pakcik ambil upah potong getah. Anak call katanya nak pakai duit”

Sedang kami berbual, datang sorang abang bagi kat pakcik ini rm500 cash.

Hari ini saya untung meniaga, pakcik ambillah duit ini hadiah dari saya.

Orang dalam bank semua tergamam. Saya lagilah. Terus pakcik menangis dan doa untuk abang tersebut.

Gambar Hiasan

Tuan puan kita kadang-kadang rasa susah, rupanya ada lagi insan lagi susah dari kita. Banyak nikmat yang Allah berikan, tapi banyak kita lupa. Hebat hidup orang yang suka bersedekah . Penuh keberkatan dan bahagia.

Saya cemburu dengan abang tersebut sehingga ke hari ini. Rm500 sedekah tanpa soal selidik. Saya nak masukkan rm50 dalam tabung masjid menggigil tangan. Ya Allah lemahnya iman untuk bersedekah.

Sebab itulah kita jangan hasad tengok orang kaya,kereta mewah,rumah besar atau suka post kemewahan mereka di media sosial. Sebab kita tidak tahu berapa banyak telah mereka belanjakan duit mereka untuk bersedekah kepada fakir miskin.

Moga kita semua jadi insan hati yang mulia, sayang dan cinta kepada setiap insan.

Jadikanlah sedekah satu hobi yang baru untuk kita. Tanamkan rasa penyesalan jika tidak bersedekah. Asbab sedekah moga Allah redha dengan kita insyaallah.

Sumber : Muhammad Hassan 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.