Siakap Keli

Babitkan Ribuan Pelajar, Pelbagai Formasi Kung Fu Shaolin Menarik Ini Tular Di Media Sosial

Goosebumps. Jika seorang pengamal seni mempertahankan diri menunjukkan skil pertempurannya pun boleh membuatkan kita kagum, inikan pula apabila ribuan pelajar kungfu menghasilkan formasi yang selari dan teratur dalam keadaan bertenaga.

Ini adalah formasi yang dihasilkan oleh pelajar Akademi Kungfu Shaolin yang terletak di Hainan, China. Bahkan formasi tersebut dapat dilihat dari satelit.

https://www.youtube.com/watch?v=r1f19UdweTo

Diasaskan pada 1978, Akademi Kungfu Shaolin merupakan akademi kungfu terawal dan terbesar di China. Terletak di Gunung Song, wilayah Hainan, China, akademi berkeluasan 730,000 meter persegi ini mempunyai 330 jurulatih dan 35,000 pelajar.

Akademi ini telah menyertai lebih 600 pertandingan termasuk Sukan Olimpik dan berjaya memperoleh 2,159 pingat – 1,021 daripadanya ialah pingat emas.

Akademi yang menjadi salah satu daripada 10 sekolah seni mempertahankan diri terbaik di China ini turut menawarkan peluang kepada pelajar antarabangsa untuk mempelajari skil asas pertempuran kungfu tradisional Shaolin, Taekwondo dan juga beberapa skil lain termasuk kickboxing.

https://www.youtube.com/watch?v=3FDL4ZYEfcw

Sumber: BBC Earth, Shaolin Academy

Amira

Love yourself.