Siakap Keli
Gambar: Guesehat

Benarkah Stress Boleh Menyebabkan Masalah Kegemukan? Ikuti Perkongsian Yang Dikongsi Oleh Public Health Malaysia

Pastinya ramai diantara kita yang hilang selera makan apabila berasa tertekan. Lagi-lagi jikalau ianya melibatkan putus cinta, masalah kewangan, masalah keluarga serta bermacam lagi yang boleh mendorong anda merasa tertekan. Namun begitu, ada juga orang yang mempunyai selera makan yang tinggi akibat daripada tertekan akan sesuatu.

Walaupun begitu, tahukah anda bahawa kesan daripada stress yang berpanjangan dapat membuatkan seseorang itu untuk mencuba minuman yang beralkohol serta merokok dan seterusnya boleh terjerumus ke penyalah gunaan dadah. Bagi kebanyakan kaum perempuan pula, mereka gemar untuk memilih makanan sebagai perkara yang boleh mengurangkan stress yang berlaku ke atas diri mereka.

Apakah yang mengaitkan stress dengan selera makan? Bagaimanakah cara untuk mencegahnya? Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Public Health Malaysia berkenaan dengan perkara tersebut.

 

[SPOILER ALERT]

.
.
.
.
.

Selepas 5 tahun Infinity War, alangkah terkejut melihat keadaan Thor. ‘Six packs’ telah lenyap dibaluti dengan lemak yang memboyot.

Menurut penulis filem, perkara ini berlaku kerana Thor mangalami stress dan kekecewaan yang berpanjangan.

Bukan sahaja tewas dalam usaha menyekat Thanos, Asgard telah lenyap, keluarganya termasuk Loki juga telah tiada.
.

Persoalannya, benarkah stress boleh menyebabkan masalah kegemukan?

Ikuti perkongsian ringkas PHM.
.

Ya, dalam tempoh masa yang singkat, stress boleh membantutkan selera makan. Anda mungkin susut beberapa kilo dalam masa beberapa hari.

Namun, sekiranya stress ini berpanjangan, hormon kortisol akan dibebaskan dan hormon ini akan menyebabkan selera makan bertambah.

‘Yakinnya kamu, hebatnya kamu…”

Pembebasan hormon ini menyebabkan motivasi diri dan keyakinan bertambah dan ia termasuk motivasi untuk makan lebih banyak.

Pada waktu stress, anda akan terbayang kek coklat, makanan segera dengan cheese meleleh dan minuman tinggi gula. Ini adalah kerana, “hormon lapar” seperti cortisol, insulin dan ghrelin meningkat dengan ketara.

Makan dalam kuantiti berlebihan bukan sahaja faktor yang menyebabkan peningkatan berat badan. Individu yang stress juga kurang tidur, tiada mood untuk bersenam, minum lebih banyak alkohol.
.

Terdapat beberapa faktor berbeza bagi lelaki dan wanita. Untuk lelaki, stress berpanjangan menyebabkan mereka terjebak kepada tingkahlaku berisiko seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bagi wanita, mereka memilih makanan.

Bagaimana untuk mencegah rantaian ini?

– Sedar akan situasi stress yang berlaku dan cuba merangka strategi untuk mengatasinya,
– Ketahui, sedar dan ambil peduli dengan apa yang anda makan.
– Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal.
.

Sedangkan Thor pun boleh jadi obese, anda juga tidak terkecuali!

Gambar: Public Health Malaysia

Rujukan

1. van der Valk ES, Savas M, van Rossum EFC. Stress and Obesity: Are There More Susceptible Individuals?. Curr Obes Rep. 2018;7(2):193–203. doi:10.1007/s13679-018-0306-y

Sumber: Public Health Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right