Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Berjumpa Dengan Lelaki Berjubah Putih,” Michael Ang Kongsi Bermimpi Dibawa Ke Tempat Penuh Dengan Ayat Suci Al-Quran

Siapa saja yang tidak kenal dengan pengarah dan penerbit drama popular, Michael Ang yang baru peluk Islam tahun lepas. Beliau mengaku bahawa sebelum peluk Islam, dirinya terasa kosong walaupun sudah berjaya. Setelah masuk Islam, beliau tenang dan percaya Allah itu satu.

Michael Ang menceritakan hidayahnya melalui bermimpi bertemu dengan seorang lelaki berjubah membawanya ke suatu tempat yang dipenuhi ayat-ayat suci Al-Quran di sekeliling dinding khemah itu. Dari situlah, beliau lebih mengenali agama Islam itu sendiri.

Kata Neelofa dalam satu video bersama Michael, dia ada mencuba untuk Islamkan Micheal dengan membaca surah suci Al-Fatihah. Tetapi beliau mengaku sewaktu itu, dia sudah pun Islam cuma tidak ramai yang tahu.

Apa-apapun kita doakan semoga Michael Ang lebih tabah dan kuat dengan kehidupan selepas bergelar orang baru.

Sumber: Michael Ang

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang