Siakap Keli

“Bukan Guna Untuk Ensem-Ensem Je..” Lelaki Ini Dedah Kegunaan Minyak Rambut Ramai Orang Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mendaki bukit atau gunung sudah menjadi trend ‘wajib’ sejak dari tahun 2016. Ya, sekadar memenuhi telefon bimbit mereka dengan gambar-gambar dan memuat naiknya ke media sosial. Ia berbeza dengan masa dahulu di mana para pendaki yang naik ke sana terdiri dari mereka yang professional dan yang benar-benar mencintai alam sekitar mahupun untuk memenuhi hobi.

Peminat sukan pendakian ini sebenarnya berasa begitu puas seolah-olah khayal sebentar sambil menikmati keindahan dan kehijauan bukit. Paling teruja apabila sampai ke puncak, terasa seperti dunia berada di genggamannya.

Gambar : Peaks And Pints

Walau bagaimanapun, seorang pendaki mestilah mahir tentang aspek keselamatan dan selok-belok. Terutamanya sebelum pergi, mereka hendaklah mempersiapkan diri dengan bekalan dan peralatan yang lengkap. Lebih sedikit barang yang di bawa, lebih mudah untuk pendaki.

Disebabkan itulah ramai di antara pendaki yang gemar menggunakan barang yang dibawanya secara optimum. Hal ini dapat memudahkan mereka kerana satu barang dapat digunakan untuk pelbagai perkara.

Dua hari lepas tular sebuah video tentang seorang pendaki yang mendedahkan penggunaan minyak rambut yang ramai orang tak tahu. Menurut Ahmad Syamim, beliau tidak akan pernah lupa untuk membawa minyak rambut jika pergi ke mana-mana terutamanya ketika menaiki bukit.

Ikuti perkongsiaannya.

Gambar : Ahmad Syamim

Kegunaan Minyak Rambut Dalam Situasi ‘Survival’ Menurut Ahmad Syamim :

1. Sudah tentulah untuk kekemasan rambut.

2. Ia juga digunakan sebagai minyak urut.

3. Sebagai Pelincir untuk alat serbaguna (multi-tools)

4. Menyalakan api

Letakkan minyak rambut atas kapas untuk nyalaan api yang lebih lama
Boleh gunakan juga buluh yang telah diasah sebagai penggangti kapas jika tiada

5. Minyak untuk pelita (lampu)

Ilmu survival sebenarnya perlu diketahui oleh semua orang. Hal ini demikian kerana ia dapat memberikan kita persediaan yang cukup sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Ia merupakan satu seni yang berhubung kait dengan naluri fitrah manusia dan kreativiti untuk menggunakan apa yang ada disekelililingnya.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=oWlkEBMUs-s?start=5]

Sumber : Ahmad Syamim

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.