Siakap Keli
Kredit: Sky Sports

Leicester City Akan Bantu Manchester City Menangi Gelaran EPL? Mungkin, Dan Ini Alasannya

Lebih kurang jam 12 tengah malam, pada Ahad ini bersamaan dengan 12 Mei 2019, mata seluruh peminat bola sepak dunia pasti akan terjurus kepada dua buah stadium iaitu Falmer Stadium, Brighton dan Anfield, Liverpool.

Ini kerana pada hari berkenaan, segala persoalan mengenai siapakah yang bakal menjuarai liga bola sepak paling popular di dunia, Liga Perdana Inggeris(EPL) akan terjawab.

Dua pesaing kejuaraan, Manchester City dan Liverpool kini sedang bersaing rapat di mana Liverpool memimpin liga dengan 94 mata selepas 37 perlawanan manakala Man. City mengekori rapat dengan 92 mata. Namun, City mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding Liverpool.

Rodgers ketika memimpin Liverpool/Goal.com

Akan tetapi, peminat Liverpool rata-rata lebih menaruh harapan kepada pasukan yang kini dibimbing oleh bekas pengurusnya (Brendan Rodgers), Leicester City untuk membantu mereka memenangi EPL buat kali pertama selepas 29 tahun berbanding Brighton Hove Albion.

Walaubagaimanapun, Leicester City mungkin akan melakukan yang sebaliknya. Ini kerana sekiranya Man. City memenangi liga, mereka akan turut mendapat sedikit imbuhan kewangan daripada kelab Manchester berkenaan.

Ia berikutan laporan tentang klausa kontrak yang telah dipersetujui bersama semasa Man. City membeli bintang dari Algeria, Riyad Mahrez pada awal musim ini.

The Telegraph

Klausa itu menyebut bahawa sekiranya Man. City berjaya memenangi liga, Leicester akan mendapat £5 juta(~RM27.15 juta) dengan mudah di penghujung musim nanti.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan klausa yang dipersetujukan antara dua pihak tersebut biarpun ada dilaporkan oleh portal berita sukan antarabangsa.

Walaubagaimanapun, untuk sedikit menyedapkan sedikit hati penyokong The Reds, angka itu sebenarnya bukanlah besar bagi sebuah kelab yang bermain di liga utama Eropah pada masa ini.

Tambahan pula, Brendan Rodgers adalah bekas pengurus mereka dan beliau sendiri pernah mempunyai reputasi hebat di kelab itu dan disanjungi oleh penyokong Liverpool ketika hampir membawa mereka menjulang EPL pada musim 2013/14.

Perlawanan di antara Man. City dan Leicester City akan berlangsung pada jam 3 pagi esok waktu Malaysia. Adakah Leicester City akan memberi ruang kepada Man. City dalam perlawanan itu nanti?

Saya rasa tidak. Bagaimana pula anda? Yang pasti, perlawanan ini akan menjadi satu perlawanan yang menarik untuk disaksikan. Sama-sama kita nantikannya pagi nanti.

Sumber: Sportskeeda

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi