Siakap Keli

Menteri Pengangkutan Umum Peraturan Baru Cermin Kereta Gelap

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengatakan pada bulan November lalu bahawa akan ada peraturan baharu terhadap penggunaan cermin gelap. Beliau juga melaporkan terdapat garis panduan telah diubah beberapa kali oleh kerajaan sebelumnya.

Semalam Menteri Pengangkutan  mengatakan kepada pihak media bahawa akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antony seterusnya mengatakan bahawa akan membuat satu sidang media khas (hari ini) untuk mengumumkan perkara tersebut.

Sebentar tadi, telah berlangsungnya sidang media mengenai perkara tersebut. Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, peraturan yang sedia ada menetapkan ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin hadapan kenderaan adalah 70%, bagi cermin sisi kiri dan kanan adalah 50% manakala cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang penumpang adalah 30%.

Pindaan yang terbaharu adalah ketelusan cahaya tampak menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan boleh dikurangkan daripada 70% manakala cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih kekal seperti sedia ada.

Tambahnya lagi, kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang dari 70%.

Bagi yang ingin menggunakan cermin yang lebih gelap dari peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.

Gambar : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Beliau turut memaklumkan, bagi setiap permohonan yang dikemukan di atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50 bagi dan setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi dua (2) tahun. Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan.

Bagi permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang kenaan fi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, dan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Shaharuddin bin Khalid,

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.