Siakap Keli

“Setiap Hari Dia Tak Tahu Siapa Gurunya,” Remaja Ini Mengalami Gegaran Otak Dan Bangun Pada Tarikh Yang Sama Setiap Pagi

Kejadian seperti ini sangat lah jarang berlaku pada masyarakat kita, tidakpun hanya menonton filem. Kisah remaja ini sama seperti filem 50 First Date, pelakon Drew Barrymore terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia hanya ingat hari kejadian insiden sahaja.

Sama seperti cerita remaja perempuan ini, Caitlin seorang pelajar daripada North Carolina yang mengalami gegaran otak semasa menghadiri latihan di sekolah yang meninggalkan kesan amnesia sehingga hari ini.

Hal ini menyebabkan semua kenangan barunya sudah terpadam setiap kali dia tidur di waktu malam, jadi setiap hari dia akan bangun dengan tarikh yang sama kejadian itu berlaku iaitu pada bulan Oktober walaupun sudah 17 bulan berlaku.

Kejadian ini menyebabkan ibu bapanya sentiasa berwaspada supaya dia tidak memberontak tidak boleh terima kenyataan tentang perkara baru.

Apakan daya sebagai bapa, dia terpaksa memberitahu perkara yang sebenar walaupun Caitlin mengatakan hal itu semua tipu. Bapanya meminta untuk membaca jurnal di sebelah katilna sekiranya dia memberontak bertanyakan keadaannya.

Anmesia yang dialaminya membuatkan waktu persekolahannya sangat sukar  kerana ingatannya tidak dapat mengekalkan semua maklumat yang dipelajari setiap hari.

Menurut gurunya khasnya, dia terpaksa bertindak seperti mereka bertemu buat kali pertama. Setiap hari dia tidak tahu di mana kerusinya berada di kelas. Dia juga tidak tahu siapa gurunya. Perkara ini seolah baru baginya. Keluarganya mengharapkan ingatannya semakin pulih dan akan mengekalkan kenangan baru dan juga remaja tersebut perlulah mengatasi amnesia yang jarang berlaku.

 

Sumber: Odditycentral

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.