Siakap Keli
Gambar Hiasan

Suami Jangan Libatkan 8 Perkara Ini Walau Terlalu Marahkan Isteri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Siapa yang tak sayang isteri oii”, selalu kita mendengar ayat ini meniti di bibir-bibir sang suami. Tetapi, adakalanya kita sebagai lelaki sering terlupa dengan bebanan sang isteri menguruskan anak dan rumah bersendirian tanpa ada pembantu.

Ingat semula, kali terakhir anda memberi hadiah kepada isteri sebagai tanda berterima kasih kerana membanting tulang menghabiskan masa dengan membuat kerja rumah. Janganlah anda mencuba memarahi mereka.

Ingat para suami jika ingin memarahi isteri anda, jangan libatkan 8 perkara di bawah.

1 – Marah isteri atas kenakalan anak-anak
Anak-anak ni macam bom jangka masa. Bila-bila je dia boleh meletup. Tak patut isteri yang dipersalahkan atas kenakalan mereka. Sebaliknya suami yang patut ajar anak tentang adab dan disiplin.

2 – Maki hamun sesedap mulut
Isteri ada memori 10 kali ganda lebih kuat dari lelaki. Sekali suami maki hamun, 10 tahun isteri boleh ingat lagi. Nak marah pun kena ada adab, cukup cakap dengan nada tegas tanpa perlu keluar kata-kata kesat. Bisa mulut ni lebih bahaya dari racun tau.

3 – Menengking sekuat hati
Menjerit tak menyelesaikan masalah. Cakap dengan nada tegas dah cukup buat isteri sedar kesilapan dia. Fokus sekarang nak selesaikan masalah bukan menghentam isteri atas kesalahan yang dah lepas.

4 – Beri tekanan melampau pada isteri
Jangan tambah tekanan dari yang sedia ada. Cukup jelaskan apa kesalahan mereka dan bagi cara untuk elak di kemudian hari. Wanita ni mudah stress, diorang 2 kali ganda lebih mudah stress dari lelaki. Hati-hati jangan sampai emosi isteri koyak melampau.

5 – Tak beri peluang isteri menjelaskan
Beri peluang isteri bercakap. Dua-dua bercakap serentak pun tak guna. Apa pun kesalahan mesti ada cerita di sebaliknya. Dapat tahu punca dapatlah selesai masalah.

6 – Pukul jangan sekali
Ini jangan sesekali buat. Tolong tangan jangan ringan sangat naik muka, badan bagai. Itu perbuatan dayus. Lelaki patut melindungi bukan membinasa.

7 – Buat tuduhan rambang
Seperti di beritahu tadi dapatkan penjelasan sebelum buat tuduhan. Tuduhan rambang ni buat masalah jadi teruk. Baik elakkan. Apa-apa pun utamakan dulu penjelasan dari isteri berbanding percaya cakap orang luar.

8 – Tak bersabar
Apa-apa pun situasi suami kena banyak bersabar. Jangan marah ketika dalam keadaan penat kerana masa ni otak fikir terlalu lemah untuk berfikir, yang berfungsi otak emosi sahaja. Keputusan berdasarkan emosi marah ni 99% ke arah negatif. Bahaya!

Kuasa talak tu ada pada suami kerana suami sepatutnya 2 kali lebih penyabar dari isteri bukan sebaliknya.

Untuk pengetahuan para suami dan bakal suami, perasaan isteri yang kena marah dengan suami ini lebih sadis berbanding di marah oleh mak ayah. Rasa hancur dan kecewa tu dua kali ganda lebih sedih bila di marahi suami yang dikasihi.

Bayangkan isteri dah buat segalanya untuk suami, berkorban jiwa dan raga untuk suami. Bila kena marah untuk kesalahan kecil di rasa segala pengorbanan tadi sia-sia dan tak di hargai.

Sumber: Mohd Fhais

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang