Siakap Keli

”You Kena Makan Kalau Nak Berbuka”, Berjurai Air Mata Bila ‘Aunty’ Ini Hulur Makanan Ketika Tersangkut Dalam Feri Tengah Laut

“Yang rasis itu individu, bukan bangsa. Jangan letakkan kesalahan individu kepada satu-satu bangsa.”

“Itu lah kita perlu bercampur dengan bangsa lain. Jangan tembak dan melabel orang rasis, jangan dengar dan mengutuk. Tak kenal maka tak cinta.”

Ini antara respon warga maya terhadap kiriman seorang pemuda Muslim yang terpaksa berbuka puasa di atas feri disebabkan masalah teknikal feri tersebut. Kiriman yang mendapat 1.5k perkongsian itu menerima respon positif netizen yang rata-rata memuji tindakan wanita dan pemuda berbangsa Cina yang bermurah hati memberi makanan untuk berbuka.

Dari Langkawi ke Kuala Kedah.. Tetiba feri rosak dan patah balik.. Tukar feri semula dan tak ada makanan untuk berbuka.. So berbuka dengan air saja.

Tetiba ada aunty Cina ni bagi coklat untuk berbuka.. Then dia buka semua coklat dia bagi kat semua orang Melayu yang puasa kat dalam feri sebab dia cakap kena makan kalau berbuka..

Lepastu mamat Cina kat belakang aku bagi pula KFC.. Dia cakap you kena makan sebab puasa.. Kalau tak mau makan bagi sama orang lain yang puasa.. Berjurai air mata aku.. Sapa cakap orang Cina rasis aku nak bagi starlight kat dahi dia..

Rasis tu sikap individu tu sendiri.. Orang Cina bangsa Malaysia ni baik-baik.. No rasis..

“Unexpected kindness is the most powerful, least costly, and most underrated agent of human change.”

– Bob Kerrey

Sumber: Nasx Seth

Amira

Love yourself.