Siakap Keli

Angkara ‘Game’, Si Ayah Hilang Pertimbangan Pukul Anak Hingga Mati Kerana Tewas Dalam Permainan Video

Disebabkan tewas dalam permainan video, seorang ayah berusia 26 tahun bertindak melepaskan kemarahan ke atas bayinya sendiri yang baru berusia satu bulan. Suspek dikatakan mencampak alat kawalan permainan sebelum bertindak memukul kepala anaknya sehingga menyebabkan kecederaan serius di rumah mereka di Louisville, Kentucky.

Suspek kemudiannya cuba memujuk anaknya yang menangis dengan membuat susu, namun, keadaan menjadi lebih buruk apabila bayi yang didukung terjatuh ke lantai ketika si bapa hendak ke dapur.

Selepas itu, suspek membawa anaknya ke bilik tidur, meletakkannya dalam keadaan duduk dan menyelimuti bayi berkenaan sebelum ke tandas. Sebaik sahaja kembali ke bilik tidur, dia mendapati anaknya berapa dalam keadaan serius sebelum mendail 911.

Bayi tersebut kemudian dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Norton untuk diberikan rawatan sebelum meninggal dunia dua hari kemudian.

Suspek didakwa bawah tuduhan membunuh dan dibenarkan ikat jamin bernilai USD $ 1 juta.

Ketika kejadian, ibu kepada bayi berkenaan tiada di rumah.

Sumber: Metro.co, WLKY, People

Amira

Love yourself.