Siakap Keli

Captain America Sebenarnya Boleh Guna Mjolnir Sebelum End Game, Tetapi Kenapa Tak Pernah Angkat Sebelum Ini? Ini Jawapannya

Bagi mereka yang sudah menonton The Avengers: End Game, salah satu babak yang paling diingati adalah ketika Captain America berjaya mengangkat Mjolnir milik Thor semasa sedang bertarung dengan Thanos.

Sebelum ini, dalam beberapa filem Marvel yang lepas, Mjolnir merupakan simbol kebanggaan Thor dan Raja dari Asgard itu sering mendabik dada bahawa mereka yang layak sahaja boleh mengangkatnya.

Russo Brothers yang merupakan pengarah kepada filem adiwira ini ketika ditanya mengapa menunggu sehingga End Game untuk membolehkan Captain America mengangkat Mjolnir, mereka menjelaskan bahawa watak berkenaan boleh berbuat demikian sejak dahulu lagi sebelum filem End Game.

Jika anda pernah menonton The Avengers: Age of Ultron, ada satu babak dimana Thor mencabar rakan-rakannya yang lain untuk mengangkat Mjolnir namun tiada seorang pun yang berjaya.

Bagaimanapun, ketika tiba giliran Captain America, Thor yang terkejut nyata berubah air muka kerana perasan Mjolnir seolah-olah bergerak apabila diangkat oleh Captain America.

Mengambil kira kenyataan daripada Russo Brothers, kenapa Captain America tidak menneruskan hajat mengangkat Mjolnir ketika itu?

”Captain America tidak mengetahui kemampuannya sehinggalah babak di dalam Age of Ultron berkenaan. Mengapa dia tidak menunjukkan keupayaannya walaupun sedar mampu mengangkat Mjolnir? Semuanya kerana sifat kemanusiaan Captain America dan tidak mahu Thor mendapat malu,” kata Russo.

Kata mereka, Captain America mempunyai karakter yang mudah membaca tingkah laku orang lain dan dia melihat ada ego dalam diri Thor, jadi dia tidak menunjukkan ‘worthy’ tersebut kerana mahu menjaga air muka Thor di depan rakan-rakan yang lain.

Bagaimanapun, Captain America tetap menunjukkan keupayaannya dalam End Game dan Mjolnir digunakannya untuk menyelamatkan Thor yang sedang diasak dengan teruk oleh Thanos.

BACA: Selepas End Game, Marvel Kenalkan ‘Hero’ Baru Dengan Tarikh Tayangan 8 Filem Fasa Empat Akan Datang

Sumber: Express Co

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.