Siakap Keli

Cuba Ceroboh Wilayah Malaysia, APMM Keluarkan Amaran Keras Buat Nelayan Asing Dalam Bahasa Vietnam

Kes pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia melalui Laut China Selatan bagi mencuri hasil laut negara sering berlaku hingga melibatkan rampasan bernilai jutaan ringgit. Ibarat mencabar pihak berkuasa, kumpulan ini terus memasuki perairan negara secara haram walaupun telah ditangkap dan dikenakan hukuman.

Baru-baru ini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengeluarkan notis berbentuk amaran dalam  dwibahasa (Bahasa Vietnam dan Bahasa Inggeris) bagi memastikan amaran tersebut dapat difahami nelayan asing khususnya mereka yang berwarganegara Vietnam.

Notis tersebut menegaskan tindakan undang-undang yang bakal dikenakan keatas kapal-kapal nelayan yang memasuki perairan negara tanpa izin.

Dalam kes terbaru sebelum ini, dua bot nelayan asing dari Vietnam yang mempamerkan tanda nama seperti bot nelayan tempatan berjaya ditahan setelah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM 9.4 juta termassuk bot, peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan laut dan bahan bakar.

Jika disabitkan kesalahan, tekong boleh dikenakan denda RM 1 juta manakala awak-awak boleh dikenakan denda RM 100 ribu setiap orang atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya serta kesemua bot dan peralatannya dirampas.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Amira

Love yourself.