Siakap Keli
Gambar: instapic.fun & Shahrom Bin Mohd

“Dia Berbuka Puasa Di Syurga,” Hasrat Berbuka Dengan Keluarga Tak Kesampaian, Anggota TLDM Maut Ramadhan Ke-2

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya untuk berbuka bersama keluarga.  Mangsa yang menunggang motorsikal dari Pangkalan TLDM Lumut, Perak menuju ke Melaka dilaporkan terbabas di Kilometer 415 Lebuhraya PLUS, di Lembah Beringin di Hulu Selangor.

Dikatakan, motorsikal yang ditunggang masa hilang kawalan lalu terbabas di lorong kecemasan. Kejadian tersebut berlaku kira-kira 1.30 tengah hari apabila mangsa menunggang motorsikal Yamaha 125Z.

Mangsa, Ahmad Syahizi Rashid Bin Minkahar yang berumur 21 tahun itu maut ditempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tanjung Malim untuk tindakan lanjut.

Gambar: Shahrom Bin Mohd

Mangsa diberi penghormatan yang terakhir oleh sekumpulan pegawai TLDM di di Kampung Rumbia, Alor Gajah, Melaka pada 2.40 pagi semalam.

Rata-rata rakan kenalan mangsa turut berduka cita dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Shahrom Bin Mohd

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa