Siakap Keli
Gambar: Newshub

Didakwa Tak Mahu Tonton Video Keselamatan Pesawat, Seorang Wanita Telah Dihalau Keluar Daripada Kapal Terbang

Seorang wanita telah dihalau keluar dari sebuah pesawat selepas dia dilaporkan tidak mahu menonton video prosedur keselamatan sebelum pesawat tersebut berlepas.

Wanita tersebut didakwa telah dihalau keluar daripada menaiki pesawat Air New Zealand itu oleh pegawai polis kerana dia gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh krew pesawat tersebut.

Salah seorang daripada penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut memberitahu kepada media tempatan bahawa wanita tersebut telah di bawa keluar daripada pesawat tersebut yang dilaporkan terjadi di Lapangan Terbang Wellington, New Zealand kerana enggan menonton video keselamatan.

Wanita tersebut menjelaskan bahawa, dia beranggapan bahawa dia berada di pihak yang betul dan syarikat penerbangan tersebut yang patut dipersalahkan atas tindakan itu.

Para penumpang pesawat tersebut mencadangkan kepada Air New Zealand bahawa syarikat itu sepatutnya memendekkan durasi video prosedur keselamatan yang wajib ditonton itu dan memberitahu kepada semua penumpang bahawa mereka boleh dihalau keluar dari pesawat sekiranya mereka tidak menonton video keselamatan tersebut sebelum pesawat berlepas.

Gambar: Aviation Jobs

Jurucakap polis memberitahu kepada Newshub bahawa pegawai yang mengiring wanita itu keluar daripada pesawat tersebut adalah kerana dia gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh krew pesawat berkenaan.

Jurucakap tersebut menambah, wanita itu akan didakwa di bawah akta penerbangan awam kerana menggunakan telefon bimbit ketika berada di dalam pesawat.

Pesawat Air New Zealand yang bernombor NZ424 itu terpaksa berpatah balik ke pintu masuk untuk menurunkan wanita tersebut.

Syarikat penerbangan tersebut telah menjadi tajuk utama bualan ramai pada tahun lalu selepas ianya telah membuat satu video keselamatan yang agak mengecewakan dengan menampilkan artis rap dari New Zealand mengenai persediaan menghadapi sebarang kecelakaan.

Ahli Parlimen New Zealand yang pertama Shane Jones, mendakwa bahawa video tersebut sebagai memalukan dan meremehkan soal keselamatan.

Video tersebut serta merta ditarik balik selepas enam bulan ianya diperkenalkan.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right