Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Itu Hanya Khabar Angin,” Kedutaan China Nafi Larangan Dan Menghukum Muslim Berpuasa Di Negara China

Baru-baru kita digemparkan dengan khabar angin mengatakan kerajaan China melarang komuniti Cina Muslim untuk berpuasa di sana pada bulan Ramadan.  Hal ini selalu terjadi setiap tahun menjelang Ramadan sejak beberapa dekad yang lalu menurut jurucakap Kedutaan.

Menurut Kedutaan China di Malaysia, perkara ini tidak disangkalkan dengan fakta yang diberikan untuk menyokong mereka. Kerajaan China sentiasa memelihara kesetaraan kebebasan kepercayaan agama masing-masing.

Bahkan mereka melindungi aktiviti keagamaan yang normal mengikut undang-undang. Semua orang tahu, bulan Ramadan adalah bula yang paling suci bagi umat Islam, kerajaan China menghormati sepenuhnya aktiviti agama dan adat umat Islam.

Perkara ini hanya satu khabar angin yang tidak berasas dan mungkin satu percubaan daripada pasukan anti-China untuk merosakkan imej negara China.

Mereka dengan sejujurnya berharap agar rakyat Malaysia tidak termakan dengan khabar angin yang disebarkan itu. Malah, mereka mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia ke negara China untuk merasai budaya Cina sendiri termasuklah budaya Islam dan melihat sendiri tentang kehidupan sebenar umat Islam di sana.

Sumber: Embassy Republic of China in Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang