Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Kena Tengok Suasana Setempat Dan Masalah Masing-Masing,” Terengganu Tak Cadang Henti Operasi Kedai Makan Ketika Solat Terawih

Kerajaan Kelantan baru-baru ini telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan operasi kedai makan ketika waktu solat terawih sepanjang bulan Ramadhan. Waktu yang ditetapkan untuk menghentikan operasi adalah dari 8.3o malam sehingga 10 malam bagi menghormati bulan Ramadhan. Arahan ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada umat Islam untuk menunaikan solat terawih berjemaah di masjid mahupun surau.

Namun, tidak begitu bagi negeri Terengganu, kerajaan PAS Terengganu tidak bercadang untuk mengikuti langkah tersebut.

Perkara ini adalah kerana Kerajaan PAS Terengganu melihat tiada keperluan bagi negeri itu untuk melaksanakan arahan tersebut. Menurut Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kedua-dua negeri mempunyai cara tersendiri. Tambahnya lagi, suasana setempat dan masalah masing-masing perlu diambil kira.

“Kita kena tengok suasana setempat dan masalah masing-masing. Ini antara fleksibiliti yang harus dipertimbangkan, ia bukanlah satu undang-undang  sama rata bagi semua orang  untuk perkara seperti ini.”

Setiap pentadbiran negeri mempunyai agenda dan pemikiran mereka yang tersendiri. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak menolak kemungkinan bahawa Kelantan mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Maklumnya lagi, setiap negeri mempunyai keunikan yang tersendiri.

Sumber: BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa