Siakap Keli

Lapan Tahun Perkahwinan Tidak Berzuriat, Wanita ‘Dimomokkan’ Kawan Guna Ilmu Hitam

Perkahwinan merupakan satu medium penyatuan pasangan yang melibatkan suami isteri. Suami isteri yang bahagia adalam mereka yang dapat memahami pasangan masing-masing. Pelbagai cara atau kaedah boleh dilakukan bagi mengekalkan dan meningkatkan tahap kebahagiaan sesuatu pasangan.

Namun begitu, tahap kesetiaan pasangan kerap kali diuji. Ini termasuklah salah seorang daripada pasangan itu mencari pasangan yang baru atas beberapa faktor. Antara faktor yang boleh diketengahkan adalah kefahaman pasangan dan ada juga yang berlaku kerana ketiadaan zuriat setelah bertahun-tahun berkahwin.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook mengenai kenalannya, pelbagai cara yang dilakukan untuk memastikan kesetiaan pasangan yang tidak berbelah bahagi.

LARI

Ada seorang kenalan 8 tahun berkahwin tak dapat anak. Beberapa rakannya menyarankan supaya berbomoh menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suami. Dengan itu suami akan setia dan tak berpaling darinya.

Kenalan saya menolak. Rakan-rakannya terus memomokkan beliau dengan ancaman suami akan mencari isteri lain demi mendapatkan zuriat.

Tak lama kemudian dia dikurniakan anak. Rakan-rakan yang pro-bomoh pula mengalami perceraian seorang demi seorang.

Seorang lagi kenalan disarankan oleh rakannya supaya mengamalkan jamu dan ubat ketat demi mengikat hati suami.

Dia juga menolak. Terus dia diancam dengan ugutan suami lari, peranakan jatuh, hilang sifat keperempuanan dan sebagainya.

Gambar Hiasan

Tetapi selepas suatu tempoh, rakan-rakan yang gigih berjamu, seorang demi seorang suami masing-masing buat hal. Malah tauke jamu pun asyik bertukar ganti suami dan mereka semua tetap lari.

Nak amalkan jamu atau ajaran salah itu pilihan masing-masing. Tapi cubaan membuli perempuan lain dengan ancaman sebegitu adalah salah sama sekali.

Jika ada yang sanggup menyembah syaitan atau meletakkan harga diri separas alat sulit, itu pilihan dia sendiri.

Perempuan dijadikan Tuhan dengan maruah dan harga diri yang tinggi. Kita tak dinilai dengan betapa ketatnya alat sulit kita. Atau betapa hebatnya kita memperbodohkan manusia lain.

Kita dijadikan sebaik-baik kejadian. Nilai kita bukanlah terletak dibawah kelangkang manusia lain. Bukan juga dibawah tapak kaki syaitan

Sumber: Hana Hadzrami

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa