Siakap Keli
Gambar: Fb Alena Murang

“Malaysia, Negara Ke-8 Dipenuhi Sisa Sampah Plastik”, Wanita Ini Kongsi Cara Yang Wajar Rakyat Contohi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakkan orang Malaysia sangat berbangga dengan budaya seni, tempat menarik dan makanan. Kita semua mungkin lupa dengan masalah pencemaran yang utama di negara kita iaitu plastik.

Cuba anda perhatikan sesetengah sikap pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab membuang plastik sampah di merata atas jalan dan ada juga yang membuang sisa makanan serta plastik di dalam sungai. Apa guna slogan “Sayangi Sungai Kita” jika sikap kita sendiri tidak mampu mengubahnya.

Seorang pengguna Facebook, Alena Murang berkongsi beberapa tips mudah untuk dijadikan tabiat positif tentang pembuangan plastik makanan begitu saja.

Untuk pengetahuan semua, Malaysia adalah negara ke 8 paling banyak pembaziran tentang buangan plastik. Kadar kitar semula untuk negara kita hanya 17.5% sahaja.

Wanita ini dengan berbesar hati untuk berkongsi tabiat yang selalu dia dan rakannya selalu lakukan iaitu dengan membawa bekas makanan sendiri untuk tapau makanan serta membawa bekas minuman. Di rumah, mereka membasuh semua politerin makanan dan barang untuk disekitar semula serta mengasingkan mengikut kategori.

Bukan itu sahaj, dia akan menggunakan beg kecil untuk membeli barangan di pasaraya dan setiap bulan mereka akan membawa barangan tersebut ke tong Kitar Semula yang telah disediakan.

Sebagai individu yang bertanggungjawab kita seharusnya menjaga persekitaran supaya pencemaran dapat dikurang dengan perbuatan positif kita semua.

 

Sumber: Alena Murang

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang