Siakap Keli

Tak Masuk Akal, 500 Unit Rumah Dijual Serendah RM4.65 Di Itali

Memiliki sebuah rumah sendiri merupakan impian semua orang yang tinggal di atas Bumi ini. Ini kerana memiliki rumah sendiri membolehkan seseorang itu bebas menghiasi rumahnya mengikut citarasa yang diingini. Namun nilai tinggi untuk memiliki rumah sendiri menjadi faktor penghalang kepada niat tersebut.

Lain pula bagi salah satu pekan yang terletak di Itali, harga yang dijual seolah-olah tidak masuk akal iaitu hanya serendah 1 Euro (RM4.50) untuk memilik sebuah rumah. Terdapat sebanyak 500 unit rumah yang dijual dengan nilai tersebut di Mussomeli di selatan Sicily.

Gambar: Mail Online

Pekan bersejarah ini dikatakan mengalami pengurangan penduduk kira-kira 11000 penduduk yang berpindah ke bandar. Proses migrasi ini telah menyebabkan pekan itu kekurangan penduduk dan berlaku pembaziran melalui banggunan-banggunan rumah yang terletak di situ.

Namun begitu, jualan setiap unit rumah serendah 1 Euro itu hadir bersama beberapa syarat yang perlu diikuti oleh bakal pemilik.

Antaranya ialah pembeli perlu mengubahsuai rumah-rumah tersebut dalam tempoh tiga tahun. Jika gagal mengubahsuai dalam tempoh yang ditetapkan, pembeli berisiko kehilangan deposit iaitu sebanyak 8000 Dolar (RM37,000).

Rumah yang dikatakan kecil tapi memiliki beberapa buah bilik itu dikatakan mempunyai pemandangan yang menarik. Kedudukan rumah tersebut terletak di atas bukit menghadap gua Byzantine dan sebuah istana. Pada peringkat awalnya, 100 unit dijual di dalam talian dan 400 unit lagi dijangka habis dalam masa terdekat.

Gambar: Mail Online

Pembeli juga disediakan arkitek dan jurutera untuk membantu mereka bagi mengubahsuai rumah yang dibeli.

Gambar: Mail Online
Gambar: Mail Online
Gambar: Mail Online
Gambar: Mail Online
Gambar: Mail Online
Gambar: Mail Online

Sumber: Mail Online

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa