Siakap Keli

Tarikh Perlancaran Avatar 2 Ditangguhkan Sekali Lagi

Bagi mereka yang menunggu-nunggu filem Avatar 2 terbitan James Cameron, anda mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi untuk merungkai apa yang bakal terjadi kepada penduduk Pandora.

Avatar 2, iaitu kesinambungan daripada Avatar yang diterbitkan pada tahun 2009 telah menangguh lagi sekali iaitu bersiaran di pawagam pada Disember 2021 yang sepatutnya ditayangkan pada Disember 2020.

Ini bukan kali pertama pihak penerbit menukar tarikh sebaliknya jadual asal tayangan Avatar 2 ditayangkan pada tahun 2014. Susulan daripada itu, kesemua tiga bahagian lain yang akan menyusul turut ditangguhkan pelancaranya ke tahun 2023, 2025 dan 2027.

Filem asal Avatar dikeluarkan 10 tahun lalu, dan merupakan kejayaan komersil besar dan penting. Ia adalah filem pertama untuk meraih kutipan lebih AS$2 bilion (11.35 bilion) dan juga dicalonkan bagi sembilan Anugerah Akademi termasuk Gambar Terbaik serta Pengarah Terbaik.

Cameron, yang juga mengarahkan dan menerbitkan Avatar, bagaimanapun tidak mengulas panjang mengenai penangguhan filem tersebut. Beliau juga menambah bahawa Avatar 3 dan seterusnya bergantung kepada jumlah kutipan tayangan Avatar 2.

Sumber: Berita MediaCorp

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.