Siakap Keli

Tips Jimat Dan Mudah, Dengan Menggunakan Barang-Barang Dapur Dah Boleh Hasilkan Perangkap Nyamuk Yang Efektif Ini

Nyamuk adalah musuh semua orang. Geram je kan kalau tak sempat tangkap nyamuk gemuk yang kekenyangan lepas gigit kita? Golongan mak ayah pula mesti berdendam bila tengok nyamuk gigit bayi yang masih kecil. Sanggup buka lampu malam-malam semata-mata nak buru nyamuk seekor tu.

‘If you think you are too small to make a difference, try sleeping with a mosquito.’

-Dalai Lama

Anda tak perlu penat-penat lagi buru nyamuk malam-malam. Tanpa perlu gunakan racun serangga yang berbau kuat pun, anda boleh lindungi keluarga anda dari serangan nyamuk dan tidur lebih lena.

Kaedah yang telah dicipta oleh dua orang pakar hortikultur dan seorang penganalisis kimia ini dikongsikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar.

Mari kita mulakan.

1. Ambil botol air mineral 1.5 liter, potong bahagian atasnya seperti dalam gambar.

2. Dalam bekas lain yang tahan panas, bancuh 200 ml air panas dan 50g gula. Kacau hingga sebati.

3. Apabila bancuhan tersebut telah sejuk/suam, tuang ke dalam botol tadi.

4. Masukkan ragi/yis segera. Campuran air, gula dan ragi akan membebaskan karbon dioksida (CO2) yang akan menarik perhatian nyamuk dan serangga lain.

5. Kemudian, balut botol tadi dengan plastik atau kain hitam. Nyamuk suka persekitaran gelap. Pastikan ada ruang untuk nyamuk masuk.

6. Akhir sekali, letakkan botol tersebut di sudut-sudut bilik dan tempat yang banyak nyamuk. Nyamuk akan masuk ke dalam botol itu dan terperangkap.

(Gambar: Pejabat Kesihatan Daerah Kampar)

Pencipta kaedah ini:

1. Encik Nabeel bin Haider, Ketua Bahagian Perkhidmatan Hortikultur

2. Eng. Munir Hasan Ghaith, Pakar Hortikultur Kanan

3. Eng. Nasim Abdul Malik Al Naqib, Analisis Kimia

Mereka telah diberi pujian dan anugerah kerana mencipta kaedah ini.

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Kampar

Amira

Love yourself.