Siakap Keli

(Video) Kejohanan Futsal Paling Unik, Juaranya Pertandingan Diberi Hadiah Keranda Mewah

Dalam setiap pertandingan atau kejohanan sukan yang dianjurkan, sudah pasti setiap peserta atau pasukan mahu menjulang piala di penghujung kejohanan.

Antara pertandingan sukan yang paling popular di peringkat komuniti di seluruh dunia ialah sukan futsal. Permainan ala bola sepak ini dimainkan dalam gelanggang yang lebih kecil dan jumlah pemain yang lebih sedikit berbanding bola sepak.

Di Peru, terdapat satu kejohanan futsal tradisi yang dijalankan secara tahunan di bandar Juliaca dan dinamakan sebagai Copa Ataúdes atau Piala Keranda.

Ya, piala kemenangan bagi pertandingan ini adalah benar-benar sebuah keranda. Malah, 12 pasukan yang menyertai kejohanan ini juga sebenarnya mewakili 12 pusat pengebumian terbesar yang berada di wilayah selatan Peru.

Foto: Oddity Central

Tambahan pula, pasukan-pasukan ini juga menggunakan nama yang berkaitan dengan kematian seperti “Last Goodbye”, “Ethernal Dream”, “Rest and Peace” dan “Road to Paradise”.

Juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima keranda sebagai hadiah kemenangan di mana juara menerima model keranda ‘mewah’ yang berharga Sol 4500(~RM5,630), manakala pemenang kedua dan ketiga menerima model yang lebih murah.

Walaupun menerima keranda sebagai hadiah kemenangan, ia tidak menghalang sang juara untuk berseronok dan menjulang ‘piala’ kemenangan mereka mengelilingi gelanggang selepas tamat kejohanan. Lihat sahaja video di bawah:

Sumber: Oddity Central

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi