Siakap Keli
Foto: UEFA, Eurosport, Goal.com

(Video)Lima ‘Comeback’ Paling Diingati Dalam Liga Juara-Juara Eropah

Awal pagi ini akan berlangsung satu lagi perlawanan bola sepak yang melibatkan dua pasukan elit di Eropah. Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Barcelona dalam bertembungan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Anfield tepat jam 3 pagi ini waktu Malaysia.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan “The Reds” itu bagaimanapun terpaksa mengharapkan keajaiban selepas mereka ditumpaskan Barcelona dengan jaringan 3-0 pada perlawanan pertama di Nou Camp minggu lepas.

Namun, adakah peluang Liverpool sudah tertutup untuk layak ke pusingan akhir di Madrid nanti? Ia memang sukar, tetapi tidak mustahil.

Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa sudah beberapa kali pasukan yang tewas pada perlawanan pertama bangkit untuk menang dan layak ke pusingan seterusnya di kejohanan bola sepak kelab terbesar di Eropah ini.

Berikut adalah lima “comeback” paling bergaya yang pernah dilakukan dalam Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini.

AC Milan vs Deportivo La Coruna(2003/04)

https://youtu.be/b3nJMn5PPbE

Pasukan dari La Liga Sepanyol, Deportivo telah tumpas dengan jaringan 4-1 kepada AC Milan ketika bertandang ke tempat lawan.

Namun, pengurusnya, Javier Irureta percaya keajaiban boleh berlaku sekiranya anda berusahaha. Hasilnya, mereka menang 4-0 di laman sendiri, sekaligus layak ke pusingan berikutnya dengan agregat 5-4.

FC Monaco vs Real Madrid(2003/04)

Selepas menang 4-2 di Santiago Bernabeu, Real Madrid dijangka akan mudah untuk layak ke pusingan berikutnya separuh akhir.

Akan tetapi, Monaco ada perancangan yang sebaliknya. Jaringan pembukaan Raul tidak cukup untuk menghalang Monaco untuk layak melalui peraturan jaringan di tempat lawan menerusi kemengan 3-1(agg. 5-5).

AS Roma vs Barcelona(2017/18)

https://youtu.be/B4OivXujbGM

Sama seperti seterunya Real Madrid, Barcelona juga sudah selangkah ke pusingan separuh akhir apabila mendahului Roma dengan jaringan besar 4-1 sebelum bertandang ke Rome.

Skuad Ernesto Valverde bagaimanapun dikecewakan dengan kekalahan 3-0 di sana hasil jaringan Edin Dzeko, Daniele De Rossi dan Kostas Manolas sekaligus membawa Roma ke separuh akhir juga menerusi peraturan jaringan di tempat lawan(agg.4-4). 

Barcelona vs PSG(2016/17)

Comeback yang dilakukan oleh Barcelona ini adalah comeback yang melibatkan nisbah jaringan paling besar dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah.

Ketinggalan 4-0 selepas perlawanan pertama, anak buah Lusi Enrique bangkit bergaya untuk menumpaskan PSG dengan jaringan 6-1 di Nou Camp hasil persembahan menakjubkan dari trio serangan MSN mereka, Messi-Suarez-Neymar(agg.6-5).

Liverpool vs AC Milan(2004/05)

Comeback ini berbeza dengan perlawanan-perlawanan lain dalam senarai ini kerana ia dilakukan dalam separuh masa dan bukannya satu perlawanan. Tambahan pula ia terjadi semasa perlawanan akhir.

Liverpool ketinggalan 3-0 pada separuh masa menyebabkan ada penyokong The Reds sudah menutup TV dan masuk tidur.

Namun, The Kops yang berada di Instanbul ketika itu tidak mengalah dan menyanyikan lagu keramat You’ll Never Walk Alone semasa separuh masa bagi meniupkan semangat kepada pemain.

Hasilnya, mereka berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh enam minit bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan seterusnya ke penentuan sepakan penalti.

Liverpool mencatat sejarah apabila memenangi perlawanan dan menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas menewaskan AC Milan dengan jaringan 3-2 menerusi sepakan penalti.

Menariknya, kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi di pusingan akhir kejohanan pada dua tahun berikutnya, namun kali ini, trofi itu dibawa pulang ke Itali.

Jadi bagaimana? Ada comeback ke sekejap lagi?

Sumber: UEFA, talkSPORT

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi