Siakap Keli

Wanita Ditahan Dalam Sekatan Jalan Raya Buat Polis Terkejut Apabila Keluarkan Aligator Dari Poketnya

Seorang anggota polis dari daerah Charlotte, di pantai barat Florida terkejut apabila seorang wanita yang keretanya ditahan untuk siasatan telah mengeluarkan seekor anak aligator hidup dari poket seluarnya.

Dalam kejadiaan itu, anggota polis tersebut telah menahan seorang wanita yang memiliki 41 ekor kura-kura yang berjalur tiga, yag disembunyikan di dalam kenderaanya.

Apabila wanita itu ditanya tentang binatang lain yang disembunyi di dalam kereta, wanita tersebut hanya diam dan mengeluarkan seekor anak aligator dari dalam poket seluarnya.

Menurut akaun Facebook pejabat daerah Charlotte, pihak berkuasa hidupan liar dan perikanan Florida sedang menyiasat perkara ini namun tidak memberitahu sama ada wanita tersebut ditahan oleh pihak polis atau tidak.

Florida, terletak di tenggara Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini semakin mendapat reputasi bagi jenayah dan salah laku yang pelik-pelik. Malah, akaun media sosial popular ‘Florida Man’ merakam banyak kejadian-kejadian tersebut.

Sumber: Berita MediaCorpĀ 

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia