Siakap Keli
Gambar Hiasan

7 Masalah Adab Anak Moden Zaman Sekarang Yang Wajib Ibu bapa Ambil Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perubahan zaman sangat terkesan dengan sifat anak muda zaman sekarang. Mungkin mereka dididik oleh alat teknologi yang canggih sehinggakan mereka kurang mempunyai adab bersama orang dewasa.

Kebanyakkan ibu bapa mesti inginkan perangai anak baik dan sentiasa menghormati orang tua seperti zaman muda kita. Dengan orang dewasa sangat hormati sehinggakan takut untuk berdepan jika ada salah.

Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif  memberi manfaat kepada ibu bapa yang mungkin terlepas pandang dengan hal ini. Mungkin kerana sibuk bekerja sehinggakan lupa dengan tanggungjawab mereka.

1. Bercakap Kasar bila tuntut hak

Perasan atau tidak, anak zaman sekarang sangat hebat dalam ‘critical & logical thinking’. Jadi apa-apa saja yang tidak adil, mereka akan tuntut dan perangi habis-habisan yang tidak adil di mata mereka.

Cuma mereka kurang jaga nada suara, pemilihan bahasa dan tidak mampu kawal emosinya bila nak tuntut hak padahal orang yang paling benar adalah orang yang paling hebat juga hebatnya.

2. Kurang ‘eye contact’ bila bercakap dengan orang dewasa

Akibat terlalu bergantung dengan ‘rakan maya’ di media sosial. Mungkin disebabkan itu, anak kurang ‘social skills’. Bagi mereka, hakikat persahabatan itu ada di alam maya.

Jadi mereka merasa cukup untuk ‘beradab’ hanya sesama rakan maya mereka. Tanpa sedar, mak ayah sendiri pun mereka boleh anggap sebagai pengacau kalau mereka dah terlanjur ketagih dengan persahabatan maya mereka.

3. Menghormati berdasarkan kekayaan

Dulu umur dan ilmu seseorang tu menjadi kayu ukur (social class) darjat dan penghormatan. Tu la kenapa orang orang tua, bijak pandai dan alim ulama’ sangat dihormati oleh orang zaman dulu.

Zaman sekarang ni ada je yang masih hormat orang yang lebih tua dan berilmu tetapi makin ramai yang memilih untuk melihat kekayaan sebagai kayu ukur kemuliaan akibat pendedahan melampau mereka terhadap gaya hidup yang ditonjolkan ‘instafamous’ dan ‘public figure’ di sekeliling mereka.

4. Tak pandai menyambut tetamu

Banyak saya perhatikan anak anak zaman sekarang lebih memilih permainan PS4 dan Xbox dibandingkan bersalam dengan tetamu yang datang. Sebaliknya, mak ayah pula yang kalut hidangkan makanan pada tetamu yang datang.

Akhirnya, bukan sahaja sensitiviti pada tetamu itu hilang, budaya bertemu pun akan turut pudar.

5. Benarkan sentuhan tak selamat

Zaman sekarang ni sesiapa pun boleh bersosial tanpa batas. Semuanya di hujung jari saja. Nak taknak mak ayah kena ajar anak cara bersosial yang betul kalau nak anak kita semua selamat mengharungi cabaran sosial akhir zaman ini.

Kena ajar anak kita daripada kecil lagi tentang tanda akil baligh, limit pergaulan lelaki perempuan, apa private part tubuh yang tak boleh disentuh oleh orang lain contohnya bibir, dada, kemaluan dan punggung. Paling penting ajar anak untuk SAY NO pada sentuhan yang tak selamat walaupun pada benda yang nampak remeh contoh tepuk punggung atau dada.

6. Guna perkataan kesat bila tidak setuju

Tidak bwersetuju itu fitrah dalam diri anak-anak. Semakin anak membesar, semakin berekmbang ilmu dan kefahaman mereka. Cuma yang jadi masalahnya bila mereka jadi sangat biadap bila nak pertahankan pendapat mereka.

Saya perasan benda ni bermula daripada dengan komen komen mengecam di media sosial je tapi lama kelamaan kecam mengecam dan perkataan kesat ni dah menular dan jadi kebiasaan dalam perbualan lah pula.

7. Tak pandai memberi

Egocentric anak-anak zaman dulu ini kita boleh lihat pada umur 2-4 tahun tapi zaman sekarang ni sampai umur remaja pun masih tebal Egocentricnya!

Zaman dulu anak diajar untuk berkongsi makan dengan jiran tetangga, ziarah saudara mara dan lain lain benda yang boleh menurunkan tahap Egocentric anak kepada Altruistic!

Tapi anak-anak akan menyendirikan dalam bilik bersama telefon canggih dan alat-alat canggih yang lain.

Maka jadilah anak itu yang biasa digelar sebagai anak yang tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri sendiri.

 

Sumber: Taufiq Razif, theproparenting

 

 

 

 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang