Siakap Keli

Bayi Malang Meninggal Dunia Tak Sampai Beberapa Jam Selepas Disentuh Individu Keluar Tandas Tak Cuci Tangan

Seorang ibu di Amerika Syarikat berkongsi foto-foto kenangan terakhir bersama bayinya berusia 13 minggu sebelum meninggal dunia gara-gara disentuh oleh individu yang tidak membersihkan diri dengan baik.

Menurut Emily Vandenbrouck, dia membawa bayi malang itu menghadiri sebuah majlis amal. Kehadirannya membawa cahaya mata baru mengundang perhatian tetamu-tetamu lain yang tidak melepaskan peluang untuk mencium dan menyentuh bayi tersebut.

Kata Emily lagi, jangkitan kuman itu hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk menjadikan seorang bayi yang sihat kepada jasad tidak bernyawa.

Malah disebelah malam ketika baru pulang daripada majlis, mereka tidak menyedari sebarang perubahan yang berlaku.

”Tiada apa-apa. Tak ada satu pun yang tak kena, cumanya dia tak akan kembali lagi. Saya tahu perkara tersebut sebaik sahaja melihatnya,” kata Emily.

Bedah siasat yang diajalankan kemudian mendapati bahawa bayi tersebut dijangkiti kuman Group B Streptococcus (GBS). GBS merupakan sejenis bakteria yang ditemui dalam dalam bahagian vagina dan rektum kira-kira 25 peratus wanita dewasa yang sihat.

Bakteria berkenaan yang boleh menyebabkan jangkitan pada bayi biasanya tinggal dalam bahagian usus, vagina dan rektum wanita serta tidak menunjukkan sebarang simptom.

Bayi dalam kandungan turut terdedah kepada bakteria ini ketika dalam proses kelahiran yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit berbahaya seperti sepsis, pneumonia, meningitis dan juga sawan.

Ibu hamil digalakkan untuk menjalani ujian saringan GBS supaya petugas kesihatan boleh mengambil langkah sepatutnya semasa proses kelahiran bayi tersebut.

Selain bayi boleh dijangkiti ketika kelahiran, GBS juga boleh dipindahkan melalui sentuhan orang ramai.

”Anak kami ketika iti dicium dan disentuh oleh ramai tetamu. Mungkin ada dalam kalangan mereka baru keluar daripada tandas dan tidak mencuci tangan dengan bersih.

‘Saya ingin mengingatkan ibu-ibu di luar sana supaya berhati-hati dan anda tidak perlu menanggung duka seperti yang saya alami,” katanya.

Sumber: Fox News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.