Siakap Keli

Hanya 16,613 Tiket Dengan Harga RM2,800, Peminat Liverpool Tidak Dinasihatkan Ke Madrid

Baru-baru ini, pasukan Liverpool telah mengejutkan seluruh dunia dengan membuat “comeback” yang luar biasa dengan mengalahkan pasukan Barcelona dengan jaringan 4-0 di Anfield. Keputusan dengan agregat 4-3 itu telah menempah tempat pasukan Liverpool di perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Namun begitu, pasukan Liverpool cuma diperuntukkan sebanyak 16,613 tiket untuk perlawanan akhir itu. Walau bagaimanapun, peminat perlu berjuang untuk mendapatkan tiket perlawanan yang akan diadakan di stadium baru Atletico Madrid. Tambahan lagi, cuma 24% saja kapasiti yang diperuntukkan kepada pelawat dari Merseyside.

Menjelang perlawanan akhir tersebut, harga hotel dan penerbangan telah meningkat dengan begitu mendadak. Perkara ini kerana ibu kota Sepanyol itu akan dibanjiri oleh peminat-peminat bola sepak yang datang untuk menyaksikan perlawanan berprestij itu.

Gambar: TSN

Harga tiket bagi memasuki Stadium Estadio Metropolitano itu dijual bermula £60 (RM330) sehingga £513 (RM2800). Bagi tiket dari posisi pemandangan yang lebih luas, tiket yang dijual pada harga £410 (RM2255).

Peminat juga dinasihati supaya tidak pergi ke Madrid sekiranya belum memiliki tiket perlawanan akhir tersebut. Perkara ini supaya peminat tidak mengalami kerugian dalam jumlah yang besar.

Namun begitu, Liverpool telah mengumumkan bahawa kepada peminat yang telah menghadiri tujuh perlawanan Liga Juara-Juara musim ini akan diberikan potongan pertama bermula jam 8.15 pagi pada Rabu, 15 Mei sehingga 8 pagi pada hari Khamis, 16 Mei dan dijamin tiket.

Tambahan lagi, Liverpool juga diberikan 300 tiket kategori utama bagi memberi ruang kepada kakitangan pengurusan, jemputan kenamaan, pasukan remaja dan keluarga serta sahabat pemain.

Liverpool yang bangkit daripada kekalahan 3-0 pada separuh akhir pertama Liga-Liga Juara itu akan bertemu pasukan Tottenham Hotspur apabila berjaya menewaskan Ajax dengan agregat 3-3 atas kelebihan jaringan pasukan lawan.

Sumber: talkSPORT

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa