Siakap Keli

Jenis Berdengkur Dan Cara Efektif Untuk Menghilangkan Masalah Dengkuran Saat Anda Tidur

Masalah berdengkur bukan sahaja masalah peribadi tetapi ia juga menjadi isu perbalahan antara pasangan dan juga ahi keluarga. Masalah ini juga akan mendatangkan penyakit dan masalah yang lebih besar jika tidak dirawat dengan segera. Penghidap boleh dapatkan nasihat dari doktor atau boleh mencuba sendiri cara efektif untuk menghilangkan dengkuran.

APA ITU BERDENGKUR

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Udara pernafasan yang tidak dapat keluar masuk dengan lancar akan membuat jaringan sekitarnya bergetar dan menghasilkan bunyi yang khas, seperti grook… huft… dsb. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

JENIS-JENIS BERDENGKUR

1. Berdengkur melalui mulut

Jika dengkuran melalui mulut, ia boleh terjadi sama ada dari mulut dan atau lidah. Jika dengkuran berasal dari mulut, ia boleh dikawal dengan keadaan mulut yang sentiasa tertutup. Mintalah pada pasangan atau kawan-kawan perhatikan keadaan anda ketika anda sedang tidur. Jika dengkuran dari lidah, ia adalah akibat daripada lidah yang bergulung jatuh ke belakang dan menghalang laluan nafas. Jika ia berlaku, tidurlah dalam keadaan telukup.

2. Berdengkur melalui hidung

Hidung yang tersumbat dapat menyebabkan laluan saluran udara menjadi sempit. Ia boleh diuji dengan melakukan ‘test’ ringan iaitu dengan menekan satu sisi hidung ditutup dengan jari dan kemudian cuba untuk bernafas dengan mulut tertutup. Jika hidung menjadi tersumbat, maka itu adalah penyebab berdengkur.

FAKTOR BERDENGKUR

1. Faktor saiz badan.

Seseorang individu yang gemuk mempunyai tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

2. Faktor usia

Apabila individu sudah mencapai usia pertengahan atau lebih, bahagian tengkorokan atau menjadi lebih sempit dan otot di bahagian leher menjadi kendur. Ini juga menjadi salah satu sebab dengkuran terjadi.

3. Faktor jantina/ keturunan

Lelaki lebih memiliki saluran udara yang lebih sempit daripada wanita dan ini menjadi salah satu faktor dengkuran. Kerongkong sempit, lelangit sumbing, dan beberapa faktor keturunan bahagian mulut turut mempengaruhi seseorang individu.

4. Faktor kesihatan

Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

5. Alkohol/ ubat-ubatan

Minuman beralkohol menyebabkan otot-otot pada lidah menjadi lemah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Merokok dan ubat-ubatan tertentu seperti ubat penenang (lorazepam, diazepam) juga dapat menyebabkan dengkuran.

6. Posisi tidur

Tidur dalam keadaan terlentang menyebabkan lidah akan jatuh ke bahagian tekak dan keadaan ini menghalang laluan udara dan nafas. Mengubah posisi tidur ke arah lain boleh mengurangkan masalah dengkuran individu.

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN DENGKURAN 

  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan. Rajinkan diri melakukan olahraga.
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.
  • Berhenti merokok. Merokok dapat membuatkan hidung tersumbat.

RAWATAN UNTUK MENGHILANGKAN DENGKUR

Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan “adenoid“. Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang telah dikenal pasti.

Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah ‘sleep apnea’.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur.

Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam ‘makmal tidur’ perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Sumber: Myhealth.gov, Honestdocs

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.