Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

KPDNHEP Sabah Keluarkan 61 Amaran Kepada Peniaga Bazar Ramadan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah telah mengeluarkan sebanyak 61 amaran kepada peniaga bazar Ramadan kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pengarahnya Georgie Abas berkata amaran berkenaan dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan di 62 bazar Ramadan di seluruh Sabah sejak Isnin lepas sehingga hari ini.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 dan kesalahan dibawa Seksyen 18 Akta Prihal Dagangan 2011,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan bazar Ramadan berkenaan akan diteruskan sehingga 4 Jun depan dan seramai 194 anggota KPDNHEP akan menjalankan pemeriksaan di seluruh Sabah.

“Pematuhan penandaan harga oleh peniaga bazaar Ramadan adalah diwajibkan. Oleh itu peniaga harus meletakkan label atau tag harga pada barangan,”katanya.

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.