Siakap Keli
Gambar : Dayakdaily

Lapan Penghuni Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Dua Rumah Di Miri

Miri : Lapan penghuni termasuk seorang kanak-kanak perempuan dari dua buah keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah dua tingkat di Jalan Krokop 7 awal pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari rumah dan menurut saksi, api marak di ruang tamu salah sebuah rumah yang terbakar tersebut.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata bomba menerima panggilan pada 2 pagi dan tiba di lokasi kejadian 2.10 pagi manakala operasi ditamatkan pada 4.48 pagi.

Gambar : Dayakdaily

Menurutnya, selain rumah turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan kereta Proton Saga.

Katanya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.