Siakap Keli

“Masa Aku Susah Ni, Kawan Pun Hilang Ke Mana..” Pernah Terdesak Perlukan Wang, Lelaki Ini Kongsi Kisahnya

Orang kata waktu susah ni lah kita akan tahu siapa yang akan setia di samping kita. Masa inilah segalanya akan terungkap, yang disangka kawan sebenarnya hanya muncul ketika tawa. Bila berduka hilang entah ke mana. Yang diduga akan bersama sehingga hujung nyawa sebenarnya dusta, penuh ‘propagranda’. Itulah realiti aku.

Sangka Lebih Ramai Kawan Lagi ‘Untung’

Mulanya aku pun tak percaya. Yelaa, selalu asyik dengar orang cakap je jangan bergantung atau percaya sangat dengan kawan. Tapi aku macam biasalah anggap benda tu karut. Bagi aku kalau ramai kawan lebih banyak ‘networking’ aku dapat. Aku ni orang bisnes mestilah aku kena ada ramai kenalan, senang nak kawtim.

Aku ni duduk kat pekan je, adalah buat bisnes kecil-kecilan. Aku memang minat hal berkaitan automotif ni dari zaman aku belajar lagi. Tapi tu lah, aku tak berapa suka kerja bawah orang jadi aku pasang niat untuk buka bengkel aku sendiri. Baru 2 tahun lebih aku bukak bengkel ni, adalah sorang budak tu aku gajikan untuk bantu aku kat sini.

Gambar Hiasan

Aku Terfikir Sampai Bila Nak Macam Ni

Aku pun macam orang lain jugak, ada impian (walau korang nampak aku macam ni, huhu). Aku memang niat nak besarkan bisnes aku ni. Still ingat lagi pesan ayah aku, usaha sampai jadi. Takkan ada yang gagal kalau ko usaha. Aku mula ‘cantikkan’ bengkel aku tu, beli sikit-sikit lagi barang yang nak diguna dan aku tambah lagi dua orang staff. So total aku ada tiga orang pekerja.

Hmm tapi tula, aku ni manusia. Rancang je aku mampu, realiti dan kenyataannya Allah yang realisasikan. Aku ingat bila tambah pekerja, dapatlah aku lagi ramai pelanggan sebab urusan servis akan lebih cepat. Rupanya Allah dah atur cantik ujian untuk aku. Bengkel aku kurang sambutan, operasi bengkel tak ‘cantik’.

Sampai hujung bulan, aduh kos overhead melambung-lambung, mana nak bayar gaji pekerja lagi. Bulan pertama boleh la aku tanggung semua tu, cover dengan duit simpanan aku. Tapi bulan kedua dan bulan ketiga? Aku pening.

Gambar Hiasan

Aku Ingat Masa Ni Lah ‘Gunanya’ Kawan, Tapi Aku Silap

Waktu ni aku dah takda cara lain dah. Aku nak pinjam kat keluarga, aku tahu keadaan mereka. So aku decide nak pinjam duit kawan aku dulu. Aku ada ramai kawan, takkan sorang pun tak bagi aku pinjam kan? Haha. benda ni memang buat aku tergelak bila aku ingat balik.

Ya, memang takda sorang pun bagi aku pinjam. Ceh. Ingatnya sahabat sehidup semati. Bila aku jumpa atau call cerita aku tengah susah, dorang buat tak tahu je. Lagilah bila aku kata nak pinjam duit, semua kata takda duit. Tapi paling sentap bila reaksi muka dorang tu, macam tak sudi sangat nak tengok muka aku.

Weh, aku tahu aku lelaki, tapi aku pun manusia, pandai jugak terasa. Time tu aku rasa macam nak putus asa dah, mana aku ada duit nak bayar gaji pekerja semua tu. Rasa macam nak tutup je bengkel aku tu, aku dah penat. Aku pernah jugak nak pinjam kat bank, tapi dia punya presedur tu lambat sangat. Padahal aku memang nak cepat guna duit tu.

Mungkin DIA Hantar Pertolongan Dengan Cara Lain

Satu hari tu, tengah aku belek-belek Facebook, aku ternampak la satu post ni. Entah macam mana hati aku tergerak untuk bukak baca artikel tu. Yelaa, macam mana aku tak buka artikel tu sebab dah tertulis tajuk ‘hasrat bantu golongan B40 dan M40’. Macam kebetulan pulak artikel ni lalu kat wall aku masa-masa macam ni.

Jadi dari situlah aku jumpa kunci penyelesaian aku, GoodKredit.

Duit Dimasukkan Terus Ke Akaun Aku Dalam Masa 1 Hari

Aku rasa instinct aku the best masa ni sebab aku terfikir nak cuba skim pinjaman ni.  Tak sama macam syarikat pinjaman lain, prosedur pinjaman kat GoodKredit ni lebih mudah. Aku tak payah nak tunggu beberapa hari, minggu mahupun bulan sebab duit tu akan disalurkan terus ke dalam akaun aku.

Part yang best bila aku tak perlu bersusah payah nak bergerak ke mana-mana. Aku hanya perlu muat turun aplikasi GoodKredit ni je. Yang aku tahu, GoodKredit ni adalah aplikasi mudah alih pertama kat negara ni. So, aku antara yang terawal guna aplikasi ni (rasa bangga sekejap).

3 langkah Mudah Ni Yang Bantu Aku Teruskan Bisnes

1.  Muat Turun Aplikasi

Ni yang aku nak kongsi dengan korang ni. Mula-mula tu aku just muat turun aplikasi ni kat Google App Store. Tapi kalau korang nak pakai Apple App Store pun boleh. Taip je GoodKredit.

Korang boleh cuba tengok step yang ditunjukkan di SINI :  Serius memang aku dah cuba. Lagipun aku memang yakin dengan skim ni sebab ia telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Betul Cakap Ayah, Takda Orang Yang Gagal Kalau Berusaha

Dengan duit yang aku pinjam tu aku bayar gaji pekerja. Aku cakap kat mereka masalah sebenar bengkel tu. Alhamdulilah dorang faham tapi aku tahu mereka pun ada ‘mulut’ yang hendak di suap makan. Aku tekad, aku perlu bangunkan balik bisnes ni, untuk aku dan mereka (pekerja-pekerja).

Alhamdulillah, setakat ni bisnes aku dah nampak semakin stabil dari dulu. Pelanggan pun makin ramai, malah pelanggan tetap makin ramai sebab mereka puas hati dengan servis pekerja aku. Duit pinjaman tu aku bayar tiap bulan. Aku tahu DIA takkan duga hamba-Nya dengan ujian diluar kemampuan mereka. Manusia yang perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya, jawapan sebenarnya ada je di depan mata.

Aku juga tahu sekarang, kalau betul-betul jaga dan hargai pekerja kita, insyallah mereka akan ‘rasa sayang’ kepada tempat kerja dan melaksanaka tugasan mereka dengan sebaik-baiknya.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.