Siakap Keli

Nampak Gagah Dan Tegas Sebagai Captain America, Siapa Sangka Ini Perangai Sebenar Chris Evans

Walaupun hampir 2 minggu ditayangkan, filem keluaran terbaru Disney Avengers : Endgame nampaknya masih menjadi ‘nombor satu’ di Malaysia. Setiap hari pasti ada sahaja isu yang diperkatakan mengenai filem ini. Dari teori sehinggalah ke perdebatan watak-watak dalam filem ke-22 ‘Marvel Cinematic Universe’ (MCU) itu.

Setiap orang pastinya mempunyai watak favorite masing-masing kan? Bagi penulis, penulis minat watak Steve Rogers (Captain Amerika) yang dilakonkan oleh Chris Evans. Dialah ‘penghibur utama’ kita pada permulaan ceritaselain dari Iron man, Captain America, Black Widow, Thor, Hulk, Nebula, Caprain Marvel Rocket sebelum muncul watak adiwira lain di pengakhiran filem.

Detik yang paling teruja apabila mendengar kata-kata “Avengers, Assemble”, wah! Rasa nak menangis pun ada bila melihat kesemua watak-watak yang lenyap sebelum ini (Infinity War) muncul kembali membantu Captain menghapuskan Mad Titan iaitu Thanos.

Gambar : Fanpop

Tapi seperti biasa apa yang berada di layar kaca tidak semestinya sama dengan personaliti asal. Dah nama pun berlakon, pastinya mereka akan ‘membawa’ watak supaya terlihat ‘real’ sehingga membuatkan kita sebagai penonton mempercayainya. Sama juga seperti watak Captain Amerika, kita melihatnya sebagai seorang ketua yang gagah perkasa, berkredibiliti, tegas dan serius menjalankan tugasnya.

Namun ternyata dalam realiti, perwatakkan Chris Evans ternyata begitu berbeza dengan Captain Amerika. Personalitinya lebih menjurus kepada seorang yang gemar membuat jenaka, terlebih sense of humor! Perkara ini sebenarnya telah lama diakui sendiri oleh para pelakon yang pernah bekerjasama dengannya iaitu Robert Downy Jr (Iron Man).

Sementara itu, Chris juga sering mengusik rakan selebrtitinya ketika di set pengambaran mahupun ketika dijemput ke rancangan termubual. Telatah lucunya nyata berjaya membuatkan para penonton terhibur. Jika dilihat dalam video bual bicara Jimmy Kimmel Live, anda dapat lihat gelagat Chris yang mencuit hati semua.

Malah ada komen dari penonton mengatakan bahawa :

“Robert Downy Jr realitinya sama seperti perwatakan Iron Man, Tapi tidak bagi Chris Evans, beliau benar-benar berbeza”

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Z9S4R5mQBk4?start=14] [youtube https://www.youtube.com/watch?v=Tj1bi2BrFbQ?start=1] [youtube https://www.youtube.com/watch?v=IMFUOexuEXw?start=3]

Sumber : Movie Web

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.