Siakap Keli
Gambar: Mail Online

“Nasib Baik Dia Menangis,” Bayi Bertali Pusat Dijumpai Masih Bernyawa Dalam Mesin Basuh

Bayi yang baru dilahirkan memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi khususnya oleh ibu bapa. Ini kerana keadaan bayi yang masih kecil dan lemah boleh menyebabkan bayi tersebut terdedah kepada pelbagai penyakit sekiranya tiada penjagaan yang serius terhadapnya.

Baru-baru ini, dilaporkan terdapat bayi kecil yang masih bertali pusat dijumpai di dalam sebuah mesin basuh. Bayi yang dijumpai di luar sebuah kedai di Krabi, selatan Thailand itu dikatakan masih bernyawa ketika dijumpai.

Menurut pemilik kedai tersebut, Sangduen Khaorueng, 47, dia telah menutup kedai tersebut pada petang jumaat dan apabila kembali ke kedai tersebut, dia mendengar tangisan seorang bayi.

Tribunnews.com

Pada awalnya, dia cuma menyangkakan tangisan tersebut datang dari rumah jiran berhampiran, tetapi setelah lama tangisan itu berterusan, dia pergi memeriksanya.

Bayi yang dijumpai di dalam mesin basuh itu dibungkus dengan tuala di bahagian bawah mesin. Sejurus itu, Sangduen terus melaporkan kepada pihak polis dan paramedik.

Setelah diperiksa, bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan yang baik tetapi sedang lapar. Bayi tersebut yang berusia lebih kurang 5 hari diberikan sebotol susu bagi mengisi perut.

Menurut Polis Leftenan dari Polis Krabi, Sanya Kaewnui, bayi itu bernasib baik kerana  menangis dan sekiranya tidak, tiada siapa akan mengetahui akan keberadaannya disitu.

“Nasib baik dia menangis atau tiada siapa yang dapat melihatnya di mesin basuh.”

Pihaknya juga akan bertindak untuk memeriksa rakaman litar tertutup (CCTV) bagi mengenali ibunya. Namun jika bayi itu tidak dapat dikembalikan kepada ibunya, dia akan dihantar dan dibesarkan di rumah anak yatim.

Sumber: Mail Online

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa