Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Ibu Bapa Salah Guna ‘Baby Carrier’, Wanita Ini Ajar Cara Yang Selamat Untuk Anak Korang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa di Malaysia sudah mulai suka menggendong anak menggunakan ‘baby carrier’. Kata mereka ia lebih mengeratkan hubungan ibu dan anak dan tidak berbahaya. Namun adakah anda pasti bahawa penggunaan carrier yang dipraktikkan selama ini adalah betul?

Mungkin ramai ibu bapa kurang mengetahui tentang penggunaan bukan ergonomik carrier dan kedudukan bayi tidak menghadap orang yang mendukungnya. ia sangat tidak sesuai untuk bayi. Seorang pengguna Facebook, Farah Soraya berkongsi cara yang betul untuk mengendong anak dengan menggunakan carrier bayi.

Menurutnya, ‘carrier hipseat’ sangat tidak sesuai untuk bayi kerana kedudukan bayi tidak selesa. Mungkin pada dulunya, beliau sendiri menggunakan carrier seperti ini dan berfikir ianya sesuai. Status untuk hipseat ini tidak orgonomik.

Namun, setelah dikenalpasti, carrier seperti ini tidak sesuai dengan tulang bayi yang masih lembut. Jika menggunakan dalam jangka masa yang panjang, ia mungkin memberi kesan kepada tulang belakang bayi. Beliau tidak ‘segan’ untuk menegur ibu bapa yang salah caranya. Katanya, setakat ini semua yang ditegurnya boleh terima baik, dan ada juga ibu bapa yang masih tidak tahu cara.

Sehinggakan beliau pernah terfikir untuk membuat satu risalah berkaitan ergonomik carrier dan posisi yang terbaik untuk mengendong bayi di carrier. Kedudukan bayi yang paling terbaik dalam carrier perlulah berbentuk M. Jika kaki bayi tersebut terlunjur gantung memang tidak elok dan memberi kesan jangka panjang pada bayi berkenaan.

Ini adalah cara yang betul untuk para ibu dan bapa mengendong anak menggunakan carrier

Pesanan untuk ibu bapa di luar sana, rajin-rajinlah mencari ilmu sebelum membeli sesuatu yang dianggap selesa untuk anak kita tetapi keadaan bayi pula tidak selesa. Jangan sebab nak harga murah tapi lupa tentang keadaan dan keselesaan bayi sendiri.

Antara carrier yang bersifat ergonomik adalah jenama Cuddle Me, Tugeda dan Nana dan yang lain lagi. Anda masih belum terlambat untuk mengubah cara yang lebih betul daripada berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Sumber: Farah Soraya

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang