Siakap Keli

Rugi Kalau Buang, Bukan Saja Buah, Biji Kurma Terbukti Banyak Khasiat

Berbuka puasa merupakan satu kegembiraan bagi umat Islam yang berpuasa. Pelbagai jenis makanan yang lazat akan disediakan untuk dijamah sejurus azan Maghrib berkumandang.

Berbuka puasa dengan buah kurma adalah sebaik-sebaik amalan berbuka puasa. Perkara ini kerana disunatkan kepada orang Islam yang berpuasa untuk menjamah kurma terlebih dahulu. Kebiasaannya, buah kurma yang dimakan akan meninggalkan bijinya dan terus dibuang. Namun, tahukah anda bahawa biji kurma mengandungi pelbagai khasiat terutamanya untuk tujuan kesihatan.

Gambar: Health Benefit Times.com

Umum mengetahui buah kurma dapat mengembalikan tenaga dan melancarkan pencernaan terutamanya ketika berbuka puasa. Namun, biji kurma juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Antara kelebihan biji kurma bagi tujuan kesihatan ialah mencegah kerosakan DNA. Perkara ini kerana biji kurma sebenarnya boleh memberi perlindungan terhadap hati.

Kelebihan biji kurma yang lain ialah berguna untuk merawat masalah gula darah dalam tubuh manusia. Manfaat ini dapat menghindarkan pesakit daripada terdedah kepada penyakit seperti diabetes, kencing manis, penyakit hati dan juga buah pinggang.

Seterusnya, biji kurma berkemampuan untuk menjadi agen antivirus terhadap pelbagai virus kepada badan manusia. Kajian yang dibuat telah membuktikan bahawa biji kurma berupaya kuat untuk mencegah infeksi Pseudomonas phage ATCC 14209-B1 dan sepenuhnya menghalang pembelahan bakteria.

Kerosakan buah pinggang dan hati juga  boleh dicegah melalui penggunaan biji kurma. Satu kajian menyatakan bahawa ekstrak bijik kurma kaya proanthocyanidins dapat melindungi toksik pada buah pinggang dan hati yang disebabkan oleh kimia.

Biji kurma juga boleh bertindak sebagai antioksidan berkemampuan untuk melindungi tubuh daripada mengalami kerosakan tekanan oksidatif. Dalam kajian, didapati bahawa biji kurma Iran merupakan sumber antioksidan semula jadi yang baik untuk penggunaan ubat-ubatan dan komersial.

Selain bermanfaat terhadap kesihatan tubuh badan, biji kurma juga dapat memberi manfaat kepada kulit. Ini kerana minyak biji kurma boleh bertindak lebih baik berbanding minyak zaitun iaitu dengan melindungi kulit dari kerosakan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh Hidrogen Peroksida (H202).

Manfaat biji kurma yang lain ialah dapat membuatkan persekitaran kulit kepala sihat, menebalkan dan melembabkan rambut dan juga mengelakkan warna rambut terjejas.

Gambar: Health Benefit Times.com

Kaedah untuk menggunakan biji kurma adalah perlu membasuhnya terlebih dahulu. Kemudian, biji kurma itu dikeringkan sekurang-kurangnya tiga hari. Biji kurma yang telah kering sepenuhnya boleh digunakan seperti cara menggunakan biji kopi. Ini kerana sesetengah orang menggunakan biji kurma sebagai tambahan untuk kopi.

Sumber: Health Benefits Times.Com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa