Siakap Keli
Gambar: News.com.au

Terpaksa Minum Kencing Sendiri, Seorang Tukang Cuci Terperangkap 2 Hari Dalam Lif

Seorang tukang cuci bangunan terpaksa meminum air kencingnya sendiri untuk hidup  selepas terperangkap di dalam lif yang rosak selama dua hari.

Wanita tersebut yang berumur dalam lingkungan 50-an itu, telah dilaporkan tidak kelihatan semenjak daripada hari jumaat, 3 Mei. Kebimbangan mula tercetus apabila ahli keluarganya tidak berjaya menghubunginya.

Risau akan keadaan wanita itu, ahli keluarganya itu terus melaporkan kepada pihak polis. Berikutan dengan itu, pihak polis telah menemui wanita tersebut yang terperangkap di dalam sebuah lif di Pusat Pendidikan Dewasa Margate yang terletak di Hawley Square, Kent.

Menurut pihak polis, wanita tersebut telah ditemui pada pukul 12.42p.m hari ahad yang bersamaan dengan 5 Mei, 48 jam selepas sebuah laporan polis yang menyatakan kehilangan wanita itu dibuat.

“Semasa siasatan dijalankan di lokasi terakhir wanita itu disyaki dilihat, pegawai polis tersebut telah menemui wanita tersebut terperangkap didalam sebuah lif di Hawley Square itu.

Wanita itu dilaporkan mengalami lebam selepas dia cuba untuk mencari jalan keluar daripada lif tersebut, sebelum pegawai polis berkenaan merempuh masuk.

Pegawai polis tersebut terpaksa membuka lif tersebut secara manual untuk membebaskan wanita yang terperangkap tersebut. Dia kemudiannya serta merta dikejarkan ke hospital untuk diperiksa sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut ahli keluarganya, wanita tersebut terpaksa meminum air kencingnya sendiri untuk mengelak daripada mengalami dehidrasi.

‘Eksekutif kesihatan dan keselamatan (HSE) telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut’

Jurucakap bagi HSE memaklumkan bahawa pihak pengurusan sedar dan akan menyiasat perkara tersebut.

Syarikat Kent County Council yang menguruskan bangunan tersebut, namun syarikat yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan bangunan tersebut adalah merupakan majikan wanita itu sendiri.

Jurucakap daripada Kent County Council menyatakan:’KCC telah menerima sebuah laporan pada hari selasa, 7 Mei mengenai kejadian di Pusat Pendidikan Dewasa Margate pada hujung minggu yang lalu.

‘Pengurusan fasiliti Kier, yang bertanggungjawab untuk pembersihan dan penyelenggaraan bangunan, melaporkan bahawa seorang daripada pekerjanya itu telah terperangkap di dalam lif.

‘KCC bersama Kier dengan serta merta telah melancarkan siasatan ke atas kes berkenaan. Dan siasatan masih lagi dijalankan, sebarang ulasan tidak dapat dikeluarkan buat masa ini sehingga siasatan selesai dijalankan.

‘Kami yakin bahawa Kier telah menyediakan apa yang patut untuk membantu mangsa yang telah melalui pengalaman yang pahit itu.

‘Pihak majlis akan bekerjasama dengan Kier untuk memastikan bahawa kebajikan mangsa terjaga dan setiap iktibar yang terjadi daripada insiden ini perlu di4jadikan pengajaran.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right