Siakap Keli

6 Perancangan Perbelanjaan Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Kelahiran Bayi

Kelahiran bayi menjadi momen-momen indah ibu bapa. Kelahiran setiap anak-anak yang menjadi penyeri di dalam rumah tangga ditunggu-tunggu dengan penuh sabar. Setiap keperluan dan kelengkapan bayi akan diutamakan. Namun begitu, buat ibu bapa yang masih tidak mempunyai pengalaman menyambut bayi, mereka perlukan perancangan perbelanjaan supaya tidak akan ada kekurangan ketika menyambut kelahiran bayi sekaligus menyusahkan ahli keluarga lain. Dibawah ini terdapat lima perancangan perbelanjaan yang perlu diberikan perhatian sebelum kelahiran bayi.

1. Mengkaji status kewangan anda

Perkara pertama yang perlu diberikan penekanan ialah mengkaji status kewangan anda dan pasangan. Lihat semula sama ada anda mempunyai hutang dan lihat juga berapa banyak simpanan yang anda kumpul bersama pasangan anda. Selain itu, fikirkan juga beberapa cara untuk anda mampu menabung dengan lebih lagi untuk waktu-waktu kecemasan kelak. Mengetahui dengan tepat status kewangan anda akan membolehkan anda merancang masa depan dengan lebih baik.

2. Tetapkan matlamat yang spesifik

Matlamat yang spesifik adalah penting agar tidak bersimpang ke ‘matlamat’ yang lain. Jika anda mempunyai hutang, tetapkan sama ada anda mahu melangsaikan sebelum bayi anda lahir atau selepas kelahiranya. Buat catatan setiap perbelanjaan agar anda tahu ke mana wang anda disalurkan.

Dengan berbuat demikian. Anda akan mempunyai matlamat pada setiap bulan yang anda boleh cuba untuk capai. Selain itu, dengan membahagikan jumlah hutang anda ini, anda sudah pasti akan lebih bermotivasi untuk membayar hutang.

3. Sediakan bajet

Setiap kali gaji anda dan pasangan masuk, senaraikan dengan tepat perbelanjaan anda seperti bil, simpanan, hutang dan lain-lain. Anda perlu merancang dengan awal kerana setiap bulan adalah tidak sama. Mungkin akan ada satu bil pada sekian bulan berbeza dengan bulan lain. Selain itu, anda juga boleh melihat dan mengubah perbelanjaan anda mengikut kemampuan.

4. Membuka akaun simpanan

Membuka akaun simpanan bayi adalah bertujuan untuk merancang pereblanjaan wang anda dengan lebih teratur. Membuka akaun sempanan bayi anda adalah sesuatu yang bagus kerana anda tidak perlu bimbang atau ragu-ragu dengan setiap perbelanjaan harian anda. Anda boleh mula membuka beberapa akaun simpanan untuk tujuan yang berbeza. Mungkin satu untuk bayi, satu untuk barang keperluan dan satu lagi untuk tujuan kecemasan. Ini mampu membantu anda untuk merancang perjalanan wang anda dengan lebih lancar dan tidak terlebih menggunakannya.

5. Pastikan anda sudah merancang cuti bersalin, tanggungan insuran dan pelbagai kos lain

Bukan sahaja ibu, malah ayah juga perlu merancang jadual kerja dan memastikan cuti bersalin agar dapat bersedia dengan lebih awal. Bertanyalah kepada majikan bagaimana dan berapa banyak hari yang anda boleh cuti untuk menemani isteri dan membantu mereka. Ambil tahu tentang gaji sama ada dibayar atau tidak.

Selain itu, jangan abaikan tanggungjawab anda sebagai pekerja. Oleh itu, siapkan terlebih dahulu tugasan yang telah diberikan. Anda juga perlu memeriksa kos melahirkan anak yang akan ditanggung oleh insurans yang anda telah ceburi.

6. Jangan membeli keperluan bayi sehinggalah bayi berusia tujuh bulan

Ya, setiap ibu bapa pasti akan teruja dan mula membeli-belah barang bayi yang bakal lahir kelak. Namun begitu, anda mungkin perlu tunggu sehingga bayi dalam kandungan berusia 7 bulan. Ketika ini, jantina dan pelbagai perkara lain mengenai bayi akan diketahui. Ini akan membuat anda dapat merancang bagaimana untuk membuat perancangan perbelanjaan anda dan ia boleh mengelakan berlaku pembaziran.

Sumber: Hello Doktor

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia