Siakap Keli
Gambar: Dr. Maszlee Malik

“Assalamualaikum. Terima kasih semua. I love you 3,000.” – Dr. Maszlee

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee terkenal dengan peribadinya yang lebih bersifat santai. Ini dibuktikan melalui reaksi Dr. Maszlee itu sendiri yang menggunakan bahasa isyarat seakan-akan sama dengan bahasa isyarat yang digunakan di dalam filem Avengers: End Game.

Menerusi halaman Instagram, Dr Maszlee telah memuat naik rakaman aksinya yang menggunakan bahasa isyarat tersebut. Aksinya itu berjaya dirakam melalui kamera ketika Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baru, semalam.

 

//www.instagram.com/embed.js

Melalui posting tersebut, Dr Maszlee juga menjelaskan bahawa bahasa isyarat tersebut sejajar dengan semangat keterangkuman pendidikan (pendidikan inklusif) yang diperjuangkan.

Nyatanya lagi, aksi bahasa isyarat yang digunakannya itu membawa maksud “Assalamualaikum. Terima kasih semua. I love you 3,000.”
Rata-rata netizen sangat gembira dengan reaksi yang dipamerkan oleh menteri tersebut.
Antaranya, ada yang kagum dengan menteri tersebut yang tidak ketinggalan mengikuti filem Avengers: End Game. Menteri tersebut juga dipuji mempunyai kelebihan yang serba boleh.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa