Siakap Keli

Banyak Membantu Animator Marvel Studio Hidupkan Watak Rocket, Oreo Si Raccoon Hembuskan Nafas Terakhir

Siapa yang tidak kenal dengan seekor raccoon yang dikenali sebagai Rocket dalam dunia Marvel Studio telah meninggal pada usia 10 tahun selepas bertarung nyawa dengan penyakit yang dialaminya.

Nama sebenarnya Oreo itu telah menyerikan dua filem yang popular iaitu “Guardians of the Galaxy” dan “Guardians of the Galaxy Vol.2”. Berita ini disahkan oleh Quinta Lyla di Facebook.

Oreo sangat banyak membantu para animator Marvel Studios untuk meniru tingkah laku dan gerakannya dalam pembawakan watak sebagai Rocket disuarakan oleh Bradley Cooper.

Raccoon ini juga pernah menghadiri ‘Red Carpet World Premiere “Guardians of the Galaxy” bersama-sama pengarah filemnya James Gunn.

Sumber: Marvel

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang