Setiap tahun, Solat Tarawih merupakan solat sunat yang amat istimewa di bulan Ramadan dan ianya merupakan solat sunat yang ditunggu-tunggu oleh ramai umat Islam.
Baru ini, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor melalui laman sosial Instagramnya telah berkongsi satu tips bagi ibu bapa yang ingin membawa si kecil mereka menunaikan ibadah suci itu. Menurutnya lagi, mengajak mereka bersama menunaikan Solat Tarawih merupakan salah satu didikan agama yang bagus.
Selain itu, beliau juga turut berkongsi video mengenai gelagat kedua anak kembar lelakinya yang berkelakuan begitu baik sekali di masjid.
Mari baca perkongsian beliau.
5 Tips Bawa Anak Anda Solat Tarawih Bersama

1.Sentiasa bersedia
Pastikan anda membawa lampin, susu, dan mainan kegemaran mereka. Anda akan sangat memerlukan semua ini apabila tiba saatnya.
2. Cari satu sudut di masjid
Solat di bahagian belakang supaya anak anda tidak akan mengganggu konsentrasi jemaah lain.
3. Sentiasa awasi anak anda
Jangan pernah membiarkan merasa tempat anak anda bermain sentiasa selamat bahkan meninggalkannya bermain seorang diri.

4. Jika anak anda menangis tanpa henti, cuba bawa mereka keluar dan cari jalan penyelesaian
Anak anda mungkin sedang lapar atau perlu menukar lampin yang sudah penuh menyebabkan mereka bersa tidak selesa dan menangis tanpa henti. Jangan hanya membiarkan mereka terus menangis kerana akan menganggu fokus jemaah lain. Solat semula selepas anak anda sudah tenang.
5. Beri mereka makan dan minum sebelum ke masjid, jika anak anda tertidur disebelah anda biarkan saja
Membawa anak anda bersama menunaikan Solat Tarawih adalah satu didikan yang baik untuk mereka. Mereka akan belajar dari sekeliling. Tapi pastikan anak anda tidak mengganggu jemaah lain yang sedang mengerjakan ibadah.
Just sharing
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar Shukor