Tanggungjawab seorang seorang pengetua sekolah sememangnya begitu besar. Ini kerana seorang pengetua perlu peka dengan keseluruhan urusan di sekolahnya termasuklah aktiviti pelajar. Perkara ini kerana, jika pelajar sesuatu sekolah itu melakukan sesuatu perbuatan yang negatif, yang akan dipersalahkan ialah pengetua.
Begitulah tanggungjawab yang dipikul oleh seorang pengetua salah satu sekolah di Indonesia. Perkara ini adalah berikutan tindakan pengetua sekolah tersebut meletakkan jawatannya setelah video tarian yang dilakukan oleh pelajar sekolahnya tersebar dan tular di media sosial.
Pengunduran yang dibuat oleh pengetua sekolah tersebut adalah kerana dia menganggap bahawa kejadian itu memalukan dan menjejaskan imej dunia pendidikan. Dia juga mengakui dirinya lalai sehingga kejadian tersebut berlaku.
Surat perletakkan jawatan pengetua telah diserahkan kepada pihak atasan. Tindakan yang diambil adalah sebagai tanggungjawab yang harus dipikul atas kelalaian dirinya dalam tugas.
Video yang tular tersebut memperlihatkan pelajar-pelajar lelaki yang berjoget diiringi muzik ‘remix’ ketika majlis perpisahan yang diadakan di sekolah itu.
Menurut pakar Psikologi dari Universitas Lampung Ratna Widyastuti, pelajar-pelajar yang terlibat tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya. Perkara ini adalah kerana rata-rata pelajar yang terlibat adalah berumur di bawah 10 tahun. Tambahnya lagi, ibu bapa berperanan sepenuhnya untuk membentuk sahsiah anak mereka.
Sumber: KOMPAS.com