Siakap Keli

Hubungan Antara Permainan Dan Hukum Fizik Beyblade Kita Boleh Ajar Dekat Anak

Kanak-kanak kebiasaanya terdedah kepada alat permainan yang pelbagai. Alat permainan diberikan oleh ibu bapa berikutan lumrah seorang kanak-kanak untuk bermain. Dalam tahun ini, permainan Beyblade menjadi tumpuan bagi kanak-kanak.

Permainan yang berasal dari Jepun itu berperanan seperti gasing dan melibatkan pertempuran di antara dua gasing yang berlainan. Beyblade dimainkan dengan memutarkan gasing masing-masing di dalam satu bekas berdinding yang khas. Permainan akan tamat setelah salah satu gasing berhenti terlebih dahulu.

Gambar: Flipkart

Namun begitu, sedarkah bahawa permainan Beyblade ini mempunyai hukum fizik yang tidak diketahui ramai.

Hukum fizik yang boleh didapati dalam permainan Beyblade ialah hukum gerakan pertama Newton. Hukum ini dikaitkan adalah kerana permainan ini dimainkan menggunankan dua gasing yang berasingan di dalam satu bekas yang berdinding. Gasing tersebut akan bertembung dengan gasing yang lain dan juga melanggar dinding bekas. Aktiviti tersebut akan membuatkan Beyblade tersebut menuju ke arah lain. Inilah yang dikatakan sebagai hukum gerakan pertama Newton apabila terdapat objek yang bertindak menggunakan daya luaran seperti pertembungan.

Hukum fizik yang kedua pula ialah gerakan putaran yang dihasilkan. Beyblade dimainkan dengan cara memutarkan gasing menggunakan tali zip. Daya kekuatan yang digunakan mempengaruhi putaran sesuatu gasing. Selain itu, berat sesuatu gasing juga mempengaruhi gerakan putaran. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa Beyblade yang lebih berat akan berputar lebih kukuh dan lebih lama.

Gambar: Twitter

Melalui hukum fizik terhadap permainan Beyblade ini, ibu bapa bolehlah mendedahkan kepada anak mereka. Di samping bermain, anak-anak juga boleh belajar mengenai ilmu fizik ke atas permainan yang dimainkannya.

Sumber: From Engineer To Sahm

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa