Siakap Keli

“Sampin Macam ni Tandanya Nak Kahwin Dua,” Ini Keunikan Falsafah Melayu Dan Rahsia Disebalik Baju Melayu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kurang dari sebulan, kita akan menyambut hari raya sebagai tanda kemenangan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Keterujaan begitu terasa tatkala melihat pusat beli belah, butik pakaian mahupun pasaraya sudah mengadakan promosi untuk menarik pelanggan membeli persiapan untuk hari mulia tersebut.

Orang ramai pastinya akan membuat persiapan awal untuk mengelakkan sebarnag perkara yang tidak diingini berlaku. Kemeriahan tentunya dapat dirasai dengan lambakan kuih raya yang ‘terhidang’ di kedai-kedai, rambang mata mahu memilih! Pelbagai jenis baju akan tergantung, ada baju Kurung, Kebaya, Peplum, kurung Kedah, Baju Melayu dan sebagainya.

Bukan sahaja dipakai semasa hari raya, Baju Melayu juga sesuai digayakan semasa ke masjid,  acara formal, majlis atau sebarang keraian. Ia  adalah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dipadankan dengan seluar panjang, sampin dan songkok.

Gambar : M Clothing

Namun sesuai dengan peralihan masa dan kemodenan, revolusi rekaan Baju Melayu seakan-seakan sama terikut ‘maju’. Dalam beberapa tahun ini dapat kita lihat pelbagai rekaan baru diperkenalkan. Ia direka supaya ‘sebati’ dengan fesyen terkini dan cuba menampilkan kelainan berbanding rekaan sedia ada.

Baru-baru ini tular di laman twitter mengenai satu ciapan dari Muhammad Harith yang telah di ulang kicau lebih dari 10,613 kali. Ciapan tersebut meluahkan tentang kejanggalan rekaan Baju Melayu masa kini. Tindakan (Mereka baju) itu seolah-olah menghilangkan nilai kemelayuan dan identiti sebenar Baju Melayu.

Gambar : Haaritha

Menurut Muhammad Harith generasi terdahulu telah mereka cipta sesuatu perkara dengan makna, falsafah serta pengajaran yang tersirat. Haaritha menambah bahawa mereka (dahulu) membina sesuatu pun berpandukan pengertian dan falsafah Islam.

Baju Melayu bukan hanya helaian pakaian biasa tetapi setiap bahagian rekaannya mempunyai makna tersendiri :

[1] Lima biji butang melambangkan 5 Rukun Islam

Manakala sekiranya anda melihat baju melayu yang mempunyai 1 butang, itu melambangkan kalimah tauhid (1) iaitu menyembah tuhan yang satu (Allah)

[2] Tiga bahagian poket melambangkan Islam, Iman dan Ihsan

[3] Sampin

Helaian kain yang idikat di bahagian pinggang pula melambangkan status diri anda. Sekiranya sampin dipakai melebih lutut, itu tandanya anda sudah berkahwin manakala jika hujung sampin berada di atas bahagian lutut, itu maknanya anda masih solo.

Tetapi jika anda masih menggayakan sampin seperti orang solo (seperti di atas) itu tandanya anda berniat mahu mencari isteri kedua.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=XBgg5UiTVs0?start=11]

Rujukan 

[1] Ramlah Abas et.al (2003). Busana Melayu Melaka Warisan Bangsa . Melaka: Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Sumber : Muhammad Harith

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.